Pages

Saturday, August 3, 2013

Justifikasi Perkauman Tidak Wajar Dijadikan Sandaran – Abdul Hadi Jusoh



           Saya ingin merujuk kepada isu pemecatan seorang kerani bank berbangsa India, A. Katheriene Vimala daripada Bank Muamalat (Wilayah Utara), yang telah dianggap bersifat ‘apartheid’ oleh pihak  ‘National Union of Bank Employees’ (NUBE). Mereka menegaskan bahawa:
“Apartheid policies practiced the management of Bank Muamalat uncovered when a bank clerk Indians fired on June 7, 2013 just because she postponed her participation in the Shariah Refresher training programs & Anti-Money Laundering and Counter Financing of Terrorism (AML / CFT), which was held on her rest day.
Although there are many clerical workers of multi faith and race in other banks, which also have Islamic banking network but government-linked companies (GLC) Bank Muamalat (BMMB) choose to implement more extreme policies in a country of multi faith and race”
            Secara hikmahnya, pihak NUBE perlu bersifat lebih profesional dalam isu ini untuk tidak mengaitkannya dengan sebarang perkara yang boleh mengapi-apikan sensitiviti perkauman di dalam masyarakat. Apakah disebabkan ‘hanya nila yang setitik, mahu dirosakkan susu sebalanga’? Nikmat keamanan dalam konteks dan ruang lingkup yang lebih besar perlulah menjadi keutamaan tanpa ada titik noktahnya.
            Sungguhpun pihak NUBE beranggapan pemecatan tersebut adalah sesuatu yang tidak sah dan  tidak sewajarnya diambil memandangkan beliau telah berkhidmat sudah hampir 22 tahun di bank tersebut dan adalah satu-satunya staf berbangsa India yang masih berkhidmat di Wilayah Utara. Juga, bersandarkan kepada alasan pemecatan beliau yang dianggap turut ‘tidak munasabah’.
            Biarapapun alasan, soal perpaduan dan sensitiviti perkauman tidak wajar dijadikan taruhan. Justeru, semua pihak yang terbabit terutamanya pihak NUBE perlu berperanan secara lebih adil dan telus sebagai ‘pengantara’ antara kedua-dua pihak yang ‘bertelingkah’. Bukannya dengan mengambil sikap berat sebelah atas nama membela kebajikan ahli-ahli yang bernaung di bawahnya. Pendekatan demokrasi dan diplomasi perlu menjadi budaya dan keutamaan berbanding demonstrasi jalanan. Jika ini dapat dibudaya dan diarus perdanakan, NUBE dan kepimpinannya akan lebih diyakini dan dihormati oleh ‘kawan dan lawan’.
            Manakala, dipihak majikan khususnya yang berlatarkan Islam sebagai wadah perniagaanya perlu lebih bersifat ‘merakyat’ dengan tidak terlalu tunduk kepada orientasi keuntungan semata-mata sehingga terpaksa mengabaikan elemen manusiawi, yang sebenarnya menjadi tunggak yang paling signifikan ‘terbangunnya dan tertegaknya’ sesebuah organisasi. Dan, ini adalah satu kewajipan agar tidak timbul fitnah yang berpanjangan kepada agama.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host