Pages

Showing posts with label Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Kewangan. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

STRUCTURING FINANCIAL REQUIREMENTS

Islamic banking products are designed to serve the needs of market participants which are from the segment of retail, commercial, corporate and government. Some products are ready to ‘sell’ to customers but some need to be structured in according to their needs.
In structuring any products, there are some routine-process needs to step in:
-          To understand different needs or requirements
-          To analyze and recognize or business review
-          To structure and provide suitable shariah based financing facilities
-          To look into shariah perspective and risks & return (analyze & Mitigate)
-          To introduce the structured-product
-          To monitor, report and control

There are some pertinent factors that need to be embedded in the structuring process which are:
-          Shariah principles & maqasid as-shariah (the objective of shariah)
The product guy needs to ensure shariah compliant under certain principle and in accordance to the parameter of maqasid as-shariah.
-          Commercial-driven & economic value
The product should have commercial-driven, economic value and will bring beneficial to a majority of the people, not only to a certain province of them. It also must be able to generate justifiable income/profitability to the investors.
-          Risk & return
Risk and return should be at acceptable level in order to generate return to the contracting parties. As a rule of thumb, a product with high risk exposure should be able to generate high return; otherwise it will not be equitable and justifiable.
-          Governing law / tabi’ law
Even though, Islamic banking product is based on shariah principle which is originated from Qur’an and Sunnah of the Prophet (PBUH), it must be also documented according the country’s law (tabi’ law). Hence, proper documentations on the aqad/contract, transaction and operation must be inconsonance in order to provide legal protection to all parties involved. This is to avoid the element of gharar and al ghabnu al fahishy / huge losses.

The process and the four-pertinent factors must be fully observed from the beginning until the end of the product launching and up to the expiry of the stipulated contracts among the contracting parties (i.e. Islamic baking & customers).

Basically, for any new structured-products we need some sort of information requirements such as:
-          A detailed product description, including its features, structure, target market or customers, and distribution channel. Also the product illustrations where appropriate.
-          A sample product term sheet
-      Details of any arrangements (including distribution channel arrangements) with other parties/strategic alliances (if any) in offering the new product, including information about the strategic partner, associated risks and actions taken to minimize or mitigate the identified risks.
-         Description of the product’s key inherent risks from the Islamic banking and consumers’ angles and the systems and/or processes in place to manage the risks.

 By: Abdul Hadi Jusoh
       Daya Fikir, Kajang.

Saturday, May 21, 2011

Saidina Umar & Kerajaan Berkebajikan

Ketokohan Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khatab (RA) memang cukup terserlah dalam banyak perkara. Antaranya, beliau cukup mengambil berat tentang masalah dan kebajikan rakyat di bawah jagaannya. Merujuk kepada tulisan Imam Abu Yusuf sebagaimana yang diriwayatkan oleh Zaid yang mewarisi daripada bapanya, bahawa satu ketika Saidina Umar telah berkata:

"Aku bersumpah dengan nama ALLAH bahawa tidak ada Tuhan selain-Nya. Sesungguhnya tidak ada seorang individu pun yang tidak mempunyai hak ke atas kekayaan ini. Walaupun lazimnya dia mungkin memperolehinya atau sebaliknya. Demi ALLAH, sesungguhnya jika aku masih bernyawa, penggembala di bukit sanapun nescaya akan mendapat bahagiannya daripada kekayaan ini di tempatnya sendiri"

Ketika hayat pemerintahannya, Saidina Umar memberikan elaun tertentu kepada rakyat jelata, antaranya:
  • 5,000 dirham kepada sesiapa yang telah menyertai perang Badar, termasuklah kanak-kanak yang turut menerima 1,000 dirham
  • 4,000 dirham setahun kepada sesiapa yang telah menyertai perang Uhud
  • 3,000 dirham setahun kepada mereka yang berhijrah sebelum pembukaan Mekah
  • 2,000 dirham  kepada sesiapa yang memeluk Islam ketika pembukaan Mekah
  • 2,000 dirham kepada kanak-kanak Ansar & Muhajirin
Untuk mengukuhkan kebajikan rakyat, Saidina Umar telah melaksanakan beberapa polisi khusus, antaranya:
  • Keselamatan sosial untuk semua.
  • Elaun khas untuk setiap bayi yang dilahirkan
  • Bantuan khas kepada musafir
  • Elaun untuk anak-anak yatim
Pelaksanaan polisi berkebajikan secara telus dan berkesan akan mewujudkan masyarakat yang sejahtera, yang hidup dalam keadaan rukun damai.

Walaubagaimanapun, pemberian elaun secara jangka panjang terutama kepada mereka yang mempunyai potensi dan keupayaan untuk berusaha harus dielakkan. Jika tidak, ia akan mematikan daya kreativiti dan usaha umat. Yang akhirnya, umat Islam menjadi umat yang lesu khususnya dalam konteks ekonomi.

Kepada mereka yang berpotensi dan ada keupayaan untuk berdiri di atas kaki sendiri ,  namun ada keuzuran  sementara, elaun bersifat jangka pendek perlu diberikan untuk dijadikan sebagai 'modal permulaan'.

Umat yang rajin dan tekun berusaha mencari habuan kehidupan tanpa mengharap belas ihsan daripada orang  lain adalah amat dituntut dalam Islam. Sebagaimana sabda Rasulullah dalam satu Hadtih:

"Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima"
Dengan ini, ekonomi umat Islam akan lebih berkembang dan rakyat akan hidup lebih sejahtera dan rukun damai.

Sunday, March 27, 2011

Pasaran Kewangan

Pasaran kewangan adalah amat mustahak dalam percaturan ekonomi pada zaman moden. Ia merupakan tempat atau sistem yang mempertemukan pembeli dan penjual untuk bertukar produk kewangan. 

Pembeli dan penjual dalam pasaran kewangan terdiri daripada isirumah, firma perniagaan dan kerajaan dengan tujuan utama untuk:

  1. Pembelian asset kewangan yang bersifat jangka pendek dan jangka panjang.
  2. Pemindahan risiko kewangan dikalangan pemain pasaran kewangan iaitu isirumah, firma perniagaan dan kerajaan.
Asasnya, pasaran kewangan dapat dibahagikan kepada:

  • Pasaran modal – Ia dapat dibahagikan kepada pasaran saham (stok) dan pasaran bon. Pasaran saham berperanan sebagai pemudah pembelian dan penjualan saham yang tersenarai di bursa saham. Manakala, pasaran bon menjadi pemudah dalam urusan pembelian dan penjualan bon dan juga debentur.
  • Pasaran wang – Ia menyediakan platform jangka pendek dan panjang pembiayaian dan pelaburan.
  • Pasaran derivatif – Ia menyediakan instrument untuk mengurus risiko kewangan.
  • Pasaran hadapan – Ia menyediakan kontrak niaga hadapan asset tertentu.
  • Pasaran insuran – Ia menyediakan instrumen untuk mengurus pelbagai jenis risiko seperti kebakaran, kemalangan diri dan kecelakaan yang boleh diinsurankan.
  • Pasaran tukaran asing – Ia menyediakan platform tukaran pelbagai matawang asing

Saturday, December 18, 2010

Pemantauan elak kewangan Islam terjejas

Sektor kewangan Islam akan rosak dan terjejas jika kurangnya pemantauan dan penumpuan oleh pihak yang berkuasa terhadap elemen serta struktur perniagaan seperti mana berlaku terhadap sistem kewangan konvesional.

Dalam satu forum anjuran Pusat Pendidikan Antrabangsa Kewangan Islam (INCEIF), dengan barisan ahli panel yang terdiri daripada Badlisyah Abdul Ghani (Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Bhd), Rafe Haneef (Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Amanah Malaysia), Mohamad Faiz Azmi (Rakan Kongsi Kanan PriceWaterHouseCooper) dan Daud Vicary Abdullah (Ketua Kewangan Islam Global, Deloitte Advisory Services Sdn Bhd) bersepakat dengan satu rumusan iaitu:
  • Masa depan kewangan Islam sangat cerah, tetapi kejayaannya tidak hanya bergantung kepada penghapusan riba tetapi juga nilai-nilai etika pengamalnya untuk tidak bertaruh dengan masa depan serta memanipulasi pasaran.
  • Sistem perbankan Islam, bagaimanapun, tidak kebal atau kalis krisis. Justeru undang-undang dan pengawasan amat diperlukan agar tidak disalah guna oleh pihak-pihak tertentu.
  • Sistem kewangan Islam adalah sistem yang menguntungkan sunggupun tidak berasaskan kepada pengamalan faedah.
  • Penyeragaman polisi dan piawaian wajar diperkukuhkan.
  • Pemikir syariah perlu berganding bahu untuk memastikan pemantauan agar setiap produk dan keluaran kewangan Islam makin diterimai ramai.
Nota: Ringkasan daripada petikan artikel Utusan Malaysia, 17 Disember 2010.

Kewangan Islam Secara Umum

Sejak 40 tahun yang lalu, kewangan Islam mula sedikit demi sedikit menapak dalam transaksi kewangan global. Pada hari ini kita patut merasa bangga, dimana kewangan Islam bukan lagi dilihat semata-mata sebagai 'produk yang bersifat agama', malah dianggap sebagai 'produk alternatif' kepada produk kenvesional yang sedia ada. Sambutan yang cukup luar biasa diperingkat global telah menarik perhatian banyak pihak untuk lebih memahami aspek kewangan Islam ini.

Secara umum, kewangan Islam merujuk kepada perlaksanaan transaksi kewangan yang berasaskan elemen yang diperuntukkan dalam ajaran Islam yang bersumberkan al-Qur'an dan as-Sunnah Rasulullah (SAW). Antara elemen yang wajib dipatuhi dan dilaksanakan tanpa kompromi dalam setiap transaksi kewangan adalah seperti berikut:
  • Tidak melibatkan sebarang unsur riba ataupun yang menjurus ke arahnya.
  • Ruang lingkup ataupun kerangka transaksi kewangan yang dilaksanakan juga perlu bersandarkan kepada konsep ‘Tawhid’ terhadap Allah SWT.
  • Hasil transaksi kewangan yang terlaksana perlulah menjurus ke arah keadilan pada semua.
  • Seluruh ruang lingkup ataupun kerangka sebarang transaksi kewangan perlu menuju ke arah merealisasikan ‘maqasid al-shariah’ , iaitu tujuan kewujudan shariah Allah SWT kepada umat manusia. Antara tujuan besar penganugerahan shariah berhubungan dengan transaksi kewangan adalah seperti berikut sebagaimana yang ditegaskan oleh as-Syatibi:
    • Memenuhi perkara – perkara yang bersifat keperluan paling asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
    • Memenuhi perkara – perkara yang bersifat kehendak agar kehidupan menjadi lebih selesa seperti makanan, pakaian, tempat tinggal yang lebih baik serta perkara – perkara lain yang difikirkan dapat menambah baik keselesaan hidup. Asalkan masih dalam kerangka kesederhaan yang dianjurkan oleh Islam.
    • Memenuhi perkara – perkara yang bersifat mewah agar kehidupan menjadi lebih terbaik dalam redha dan syukur-Nya.  Tidak salah untuk memiliki barang – barang mewah seperti kereta dan rumah yang berharga ratusan ribu ringgit. Asalkan ia diperolehi dengan cara yang betul hasil kerja keras bukannya dengan berhutang. Begitu juga bukan atas dasar untuk kebanggaan dan ketakburan diri. Bahkan sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Illahi yang telah mengurniakan nikmat yang tak terhingga kepada kita. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim, ayat 34 yang mafhumnya:
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, pasti kamu tidak akan mampu menghitungnya”

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host