Pages

Showing posts with label Takaful. Show all posts
Showing posts with label Takaful. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Pandangan Sheikh Yusuf al-Qardhawi Terhadap Takaful

Untuk memastikan takaful selari dengan Syariah, Syeikh Muhammad al-Ghazali dan Syeikh Yusuf al-Qardhawi telah menetapkan beberapa perkara, iaitu:
  • Setiap sumbangan perlu diiringi dengan niat yang ikhlas untuk membantu mereka yang memerlukannya.
  • Wang sumbangan yang terkumpul hendaklah dilaburkan dalam lapangan pelaburan yang disahkan oleh Syariah.
  • Tidak ada hasrat untuk mendapat imbalan yang berlipat ganda sekiranya ditimpa musibah.
  • Berasaskan konsep tabarru’.

Tahukah Anda?

"Berdasarkan resolusi Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia (15 Jun 1972), telah memutuskan bahawa insurans hayat sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat insurans konvesional adalah muamalat yang fasid (rosak/tidak sah) dan tidak sesuai dengan prinsip – prinsip Islam khususnya dari segi akad kerana mengandungi elemen – elemen gharar (ketidakpastian), maisir (judi), dan riba"

Takaful

Menurut Akta Takaful 1984, takaful didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta – peserta jika diperlukan di mana peserta – peserta sama – sama bersetuju untuk member sumbangan untuk tujuan tersebut.
Takaful berasal daripada kata dasar arab, iaitu ‘ kafala’  yang bermaksud menjamin, menjaga, bertanggungjawab atau memelihara. Manakala, perkataan takaful itu sendiri membawa maksud, saling menjamin, saling menjaga, saling bertanggungjawab atau saling memelihara. Perkataan ‘ kafala’ boleh ditemui dalam Al-Qur’ an, Surah ali Imran, ayat 37. Dalam beberapa hadith ada disebut tentang konsep kerjasama, tanggugjawab dan saling melindungi:

Kerjasama:
“ ALLAH akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mana mereka saling membantu antara satu sama lain”

Tanggungjawab:
“ Ibarat hubungan dan perasaan orang – orang yang beriman sesama mereka adalah seperti jasad yang satu, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan turut merasainya”

Saling Melindungi:
“ Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan ALLAH, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan”

Takaful juga menekankan sifat keikhlasan untuk membuat sumbangan melalui konsep tabarru’ (saling bersedekah atau menyumbang) dalam skim takaful. Ini secara tidak langsung akan lebih mewujudkan keeratan hubungan dikalangan para peserta skim takaful tersebut, walaupun pada asasnya mereka tidak saling mengenali antara satu sama lain.

Penggendali Takaful di Malaysia tertakluk kepada Akta Takaful 1984 dan di bawah kawal seliaan Bank Negara Malaysia.

Antara keistemewaan takaful:
  1. Peserta akan lebih yakin kerana jika berlaku sebarang musibah, mereka layak mendapat bantuan daripada dana takaful.
  2. Manafaat dari segi rohaniah kerana dapat melakukan sumbangan ikhlas melalui konsep tabarru’.
  3. Manafaat dari segi keberkatan hidup kerana skim takaful adalah berasaskan Syariah yang bebas daripada elemen – elemen seperti riba, gharar dan maisir yang jelas diharamkan oleh Islam.  Juga bebas daripada mana – mana elemen yang bertentangan dengan Syariah.
  4. Industri takaful melibatkan tadbir urus Syariah samada diperingkat Bank Negara Malaysia, mahupun diperingkat penggendali takaful itu sendiri, bagi memastikan keberkesanan kawalseliaan aspek yang bersangkutan Syariah.

Prinsip - Prinsip Insurans Dalam Takaful

Terdapat beberapa prinsip kontrak insurans yang tidak bertentangan dengan Syariah yang boleh terus dipraktikkan dalam takaful.
  1. Kepentingan boleh lindung – seseorang itu hanya boleh ‘ mengtakafulkan’ (menginsurankan) sesuatu yang menjadi hak milik ataupun liabilitinya. Hak milik ataupun liabiliti orang lain tidak boleh ‘ ditakfulkan’  (diinsuranskan).
  2. Penuh percaya – semua pihak perlulah memberikan maklumat yang benar.
  3. Prinsip indemniti – pampasan akan dibayar setakat kerugian yang sebenar.
  4. Prinsip subrogasi – skim takaful berhak meminta ganti rugi daripada pihak ketiga yang bertanggungjawab terhadap kerugian.
  5. Prinsip perkongsian sama rata – sekiranya, berlaku pertindihan dalam tuntutan gantirugi kerana peserta memiliki lebih daripada sati skim takaful, maka setiap penggendali takaful akan hanya membayar secara pro ratanya sahaja.
  6. Prinsip sebab terhampir – sesuatu kemalangan, kerugian, kerosakan atau kemusanahan perlulah disebabkan oleh bencana (peril) yang dilindungi dalam kontrak takaful dan juga punca yang terdekat atau terkuat serta langsung tanpa gangguan yang seterusnya membawa kepada kerosakan tersebut. 

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host