Pages

KEPIMPINAN

ABDUL HADI B. JUSOH
Founder
Kini, diberikan amanah sebagai Pengurus Kanan, Pengurusan Risiko Shariah AmBank Islamic Berhad mulai Oktober 2015.

Pernah bertugas sebagai Pengurus Kanan, bahagian pengurusan risiko di salah sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (DFI), iaitu anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (EXIM Bank of Malaysia) mulai 2013 - 2015.

Kini di peringkat pengajian PhD dalam bidang ekonomi dan muamalat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Juga, diamanahkan sebagai Penasihat Industri Diploma Pengajian Islam (Muamalat) Kolej Dar al-Hikmah untuk tempoh 2014 hingga 2017.

Di samping itu, turut dilantik sebagai 'Independent Islamic Finance Consultant' oleh firma akauntan Azman H & co.

Merupakan lepasan jurusan ekonomi daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pemegang Charted Islamic Finance Professional (CIFP), yang bertaraf master daripada International Center for Education in Islamic Finance (INCEIF).

Pernah bertugas di Kumpulan Perbankan AmBank selama 6 tahun dan jawatan terakhir sebagai Penganalisis Kanan - Perbankan Islam di Jabatan Pengurusan Risiko Pasaran Kumpulan.

Sebelum itu, pernah bertugas di JF Apex Securities Berhad sebagai Pegawai Pengurusan Risiko dan Kawalan Kredit selama 2 tahun.

Kini terlibat dengan penulisan di majalah dan akhbar secara ad-hoc dengan penumpuan kepada isu-isu yang berkaitan dengan ekonomi dan kewangan Islam.

Juga, aktif memenuhi pelbagai undangan dalam program ilmu yang berkaitan ekonomi dan kewangan Islam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host