Dalam Islam, barang yang dijual atau ma'qud a'laih menjadi antara penentu sah atau tidak transaksi yang dilaksanakan.
Terdapat 6 syarat sahnya barang yang dujual sepertimana berikut:
- Wujud ketika berlakunya transaksi jual beli. Para fuqaha' sepakat bahawa menjual barang yang tidak wujud adalah tidak sah. Ini berdasarkan larangan Rasulullah SAW daripada menjual buah-buahan yang belum masak, debunga pokok kurma dan janin haiwan yang masih dalam kandungan ibunya.
Situasi ketidakwujudan barang ketika berlakunya transaksi melibatkan unsur-unsur gharar (ketidakpastian) dan jahalah (spekulasi), yang boleh mencetuskan konflik dan pertelingkahan sesama manusia. Ini jelas disebut oleh Rasulullah SAW dalam satu Hadtih riwayat Muslim yang bermaksud:
"Rasulullah SAW melarang jual beli yang mengandungi gharar"
- Merupakan harta yang bermanafaat. Sesuatu yang diharamkan seperti bangkai tidak dianggap sebagai harta.
- Penjual mempunyai hak milik yang sah ke atas barang yang ingin dijualnya. Sebagaimana disebut dalam satu Hadith yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Tuhfatul Ahwadzi yang bermaksud:
"Jangan kamu jual sesuatu yang bukan milikmu"
- Penyerahan dapat dilaksanakan ketika berlakunya transaksi.
- Wujud spesifikasi dan maklumat yang memadai tentang barang yang terlibat dalam dalam jual beli.
- Kandungan barang mestilah sesuatu yang bersih dah halal. Justeru, tidak sah menjual babi, anjing, minuman keras dan kulit haiwan yang belum disamak.
No comments:
Post a Comment