Pages

Wednesday, July 24, 2013

Angkasa & Ceupacs - Tidak Wajar Pertikai BNM

Angkasa dan Ceupacs tidak wajar mempertikaikan panduan terkini yg dikeluarkan oleh Bank Negara berhubung pinjaman perumahan dan peribadi. Mereka perlu melihat secara tasawwur yg lebih besar, khususnya impak jangka panjang kpd ekonomi negara dan umat. Pada saya, ia sepatutnya sudah lama diperkenalkan bagi mengurangkan musibah 'debt financing' dlm ekonomi yg selaras dgn prinsip ekonomi Islam. 

Saya mula dgn kiasan aliran air sinki. Dari situ pemahaman boleh dicari. Prinsip ekonomi Islam lebih utamakan, equity financing. Debt financing hanya makin menyubur amalan riba dan spekulatif dalam ekonomi. Yang akhirnya, yang tidak berdaya makin terhimpit dgn peningkatan kos kehidupan secara tidak munasabah akibat tekanan permintaan yg tdk mencerminkan kehendak real economy, ttp lebih didorong oleh debt financing, yg sebenarnya ibarat menggunakan pendapatan masa hadapan pada hari ini. Makin panjang tempoh pinjaman, makin besar jurang antara penawaran dan permintaan dlm ekonomi, kerana wang yg digunakan tidak setanding keupayaan pengeluaran yg ada. Harga rumah pula menjadi over pricing, kerana membuka ruang aktiviti spekulatif yg tdk terkawal Sbb itulah, antara hikmah Islam mengharamkan riba. Jangka pendek kita akan merasa rugi, sbb keupayaan utk membuat pinjaman makin kurang kerana bayaran bulanan lebih tinggi. Ttp percayalah kita akan dpt merasai nikmatnya kelak dar segi sustainable economic development sbgamana yg digagaskan oleh Islam yg membawa rahmatan lil alamin.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host