Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam yang telah
memberikan nikmat kehidupan kepada kita sehingga ke saat ini. Selawat dan salam
kepada nabi junjungan Muhammad saw yang telah mewariskan nikmat iman dan Islam
yang tidak ternilai kepada seluruh umat manusia, sehingga kita merasa aman dan
sejahtera dengannya. Percayalah, tidak ada aturan kehidupan sebaik dan
sesempurna Islam, walaupun bulan dan bintang dijadikan galang-ganti agar
meninggalkannya.
Islam itu indah dan banyak kebaikannya, jika ia benar-benar
dihayati dan diamalkan dengan penuh ikhlas, semata-mata untuk mendapatkan ‘mardhatillah’ (keredhaan ALLAH SWT). Bukannya
dijadikan ‘topeng’ untuk mendapatkan pengiktirafan dan penghargaan manusia yang
berupa habuan pangkat, kedudukan dan wang ringgit. Yang akhirnya, menjadi punca
kepada banyak pertelingkahan dan permusuhan sesama sendiri.
Pedoman dan
aturannya begitu lengkap mencakupi seluruh percaturan kehidupan. Dengan tujuan,
untuk menyediakan kehidupan yang terbaik dua dimensi, iaitu di dunia dan di
akhirat. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
“Telah sempurna kalimat
Tuhanmu (al-Qur’an), sebagai kalimah yang benar dan adil” (Surah al-an’am:115)
Dengan izin-Nya, pada tulisan kali ini kita ingin melihat
bagaimana pedoman dan aturan Islam bersabit keuntungan dalam perniagaan, yang
menjadi antara motif utama apabila seseorang terlibat dalam sesebuah
perniagaan.
Asasnya, Islam mengiktiraf perniagaan sebagai sumber
rezeki pilihan terbaik, iaitu 9/10 daripada sumber-sumber rezeki yang ada, dengan
keuntungan sebagai habuannya. Untuk itu, Islam menetapkan beberapa kaedah untuk
mencipta keuntungan, iaitu:
1. Murabahah – penjualan
melebihi harga kos
2. Mudharabah – perkongsian
untung
3. Musharakah – perkongsian
untung dan rugi
4. Wakalah – perwakilan
5. Ijarah - Sewaan
Lantaran itu,
timbul satu persoalan yang signifikan tentang apakah ‘kadar keuntungan secara kuantitatif’
yang telah ditetapkan oleh Islam; kadar maksimum dan minimum. Secara asasnya,
Islam memberikan ruang kebebasan kepada 'ahlinya' yakni mereka yang terlibat
secara langsung dalam bidang perniagaan untuk menentukan kadarnya. Agar, semua
pihak yang terlibat dalam transaksi perniagaan tersebut mendapat hak dan
keadilan masing-masing.
Namun, perlu
difahami bahawa fleksibiliti yang dianjurkan oleh Islam ada kemuncaknya yang
tersendiri dan tidak sesekali meletakkan ‘sky is the limit” . Juga,
tidak mengiktirafkan pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’. Pendek
kata, seseorang peniaga boleh mempraktikkan apa jua pendekatan untuk
mendapatkan kadar keuntungan yang diinginkannya, tetapi tidak boleh sesekali
menyanggahi tuntutan dan larangan ALLAH SWT yang telah termaktub dalam
al-Qur’an dan sunnah Rasulullah saw.
Sebab itu
dalam soal keuntungan ini, Islam hanya memberikan panduan secara kualitatif
kepada setiap peniaga untuk menentukan kadar keuntungan sesuatu barang atau
perkhidmatan yang dijualnya dalam pasaran secara kuantitatif.
Pertama,
margin keuntungan yang ditetapkan mestilah berdasarkan kepada ketelusan, yakni
selepas mengambil kira kos-kos yang terlibat secara munasabah. Juga, iainya mencerminkan
sepadan dengan kualiti barangan dan perkhidmatan yang dijual. Banyak berlaku
pada hari ini, dimana peniaga secara terselindung berdalih dengan pembeli
(ketika dalam proses tawar menawar) mengatakan bahawa kosnya terlalu tinggi
untuk dijual pada harga yang lebih murah. Sedangkan kos sebenarnya jauh lebih
murah daripada apa yang diperkatakan. Namun, atas dasar mahu mengekalkan margin
keuntungan yang tinggi, seseorang peniaga sanggup menyembunyikan kebenaran yang
sebenar, terutamanya dari segi kualiti. Akibatnya, barangan dan perkhidmatan
yang dijual di pasaran menjadi terlalu mahal harganya dan tidak sepadan dengan
kualitinya.
Ini jelas
bertentangan dengan ketetapan ALLAH SWT dan mencapah daripada misi besar para
nabi dan rasul sebagai pembawa risalah kebenaran kepada umat manusia seluruhnya.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Kami datang kepadamu membawa kebenaran dan sesunggunya
kami adalah orang yang benar" (al-Hijr, ayat 64)
Kedua, biarlah
margin keuntungan yang ditetapkan itu mengandungi unsur amanah, sebagai khalifah
yang diciptakan telah oleh ALLAH SWT untuk mentadbirurus dunia ini dan seisinya
dengan sebaik mungkin.
Maka sebagai
peniaga, kadar margin keuntungan yang ditetapkan ke atas barangan dan
perkhidmatan yang dijual perlulah menyumbang ke arah melancarkan perlaksanaan
amanah kekhalifahan tersebut oleh semua pihak yang terlibat samada secara
langsung dan tidak langsung.
Penetapan
margin keuntungan yang terlalu tinggi, akan memberikan tekanan dari segi kewangan
kepada masyarakat. Tekanan kewangan sebagaimana yang banyak berlaku pada hari
ini, telah menyebabkan ramai yang terpaksa bertungkus-lumus bekerja siang dan
malam untuk mencari ‘extra money’ bagi menampung kos barangan dan
pekhidmatan asas kehidupan seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, akibat
daripada kurangnya ihsan dalam diri peniaga untuk tidak terlalu mementingkan
margin keuntungan. Keadaan yang terlalu sibuk mengejar ‘extra money’
dengan melakukan lebih daripada satu pekerjaan pada satu masa, akan menyebabkan
hilangnya fokus dalam melaksanakan amanah kekhalifahan yang telah
dipertanggungjawabkan.
Sebagai
peniaga sebenarnya mereka menggalas amanah ALLAH SWT yang cukup besar untuk
dilangsaikan kepada masyarakat, yang mesti dilaksanakan dengan penuh ‘itqan’
(sebaik mungkin). Ini kerana, ianya akan menjadi sumber ‘hisab’
(perhitungan) di Akhirat kelak. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu melaksanakan amanah
kepada mereka yang berhak, dan apabila kamu menghukum dikalangan, maka hukumlah
dengan adil"( Surah an-Nisa', ayat 58)
Ketiga, biarlah
margin keuntungan yang ditetapkan mengandungi elemen keikhlasan diri terhadap
ALLAH SWT, bukannya elemen ‘wang ringgit’ semata-mata. Kewujudannya amat penting
sebagai penghapus rasa sombong dan tamak dalam diri, yang akhirnya akan membawa
kepada kebaikan bersama.
Dengan ini, peniaga
tidak akan keterlaluan dalam menetapkan margin keuntungan, yang boleh membawa
kepada tindakan menzalimi mereka yang lemah. Mereka yang menyebabkan kesusahan
dan kezaliman kepada orang lain, akan jauh daripada pandangan ALLAH SWT dan
hilangnya ‘sakinah’ dalam kehidupan yang dilalui, walaupun secara
zahirnya mereka dilihat begitu hebat dengan limpahan kekayaan wang ringgit.
Ingatlah, bahawa tempat jatuhnya pandangan ALLAH SWT adalah pada hati yang
bersih dan ikhlas terhadap-Nya. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Maka celakalah orang yang solat, yakni yang lalai dalam
solat mereka, (dan) yang riya' dan enggan (memberikan) bantuan." (Surah al-Maun: ayat 4-7)
Sabda Rasulullah saw yang
bermaksud:
"Sesungguhnya amalan bergantung pada niat. Dan,
sesungguhnya setiap orang akan memiliki sesuatu yang bersesuian dengan niatnya.
Maka, sesiapa yang berhijran kerana ALLAH dan rasul, dan sesiapa yang berhijrah
kerana dunia, dan sesiapa yang berhijrah kerana wanita untuk dinikahi. Maka,
hijrah mereka apa yang mereka niatkan"
Seterusnya,
margin keuntungan yang ditetapkan perlulah menjadi penyebab kepada pengukuhan
tautan ukhuwah Islami, bukannya penyebab pemisah. Juga, sebagai tembok yang
memisahkan kelompok peniaga dengan masyarakat. Sehingga kedua-duanya saling
membenci serta berdendam antara satu sama lain, yang mendorong kepada tindakan di
luar tabi' seperti mencuri, merompak dan membunuh saudara seagama. Sehinggakan,
masing-masing merasa diri terancam dan tidak selamat.
Tanpa ukhuwah,
masyarakat akan leka dengan keseronokan dan keakuan diri. Nasib dan kesusahan
orang lain tidak akan lagi dipedulikan, walaupun jiran bersebelahan rumah.
Sedangkan ukhuwah antara tindakan paling awal selepas penghijrahan Rasullah dan
para sahabat ke Madinah, apabila mengambil langkah ulung mempersaudarakan
golongan Muhajirin dan Ansar. Ikatan persaudaraan tersebut telah meningkatkan
semangat pengorbanan dan bertolongan sesama mereka, yang akhirnya melahirkan
sebuah masyarakat madani Madinah yang aman damai.
Ukhuwah adalah
antara asas kepada matlamat kejadian manusia yang diwarnai dengan kepelbagaian
bangsa dan jantina sebagaimana firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Wahai manusia, Kami jadikan kamu lelaki dan perempuan,
dan Kami jadikan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali
antara satu sama lain" (Surah al-Hujurat, ayat ke-13)
Diterangkan
juga dengan panjang lebar dalam satu hadith baginda Rasulullah saw berkenaan
dengan ukhuwah dan hak-hak yang perlu dilaksanakan:
"Jangan dengki pada orang lain, jangan merosak (harga)
orang lain untuk menaikkan harga, jangan merosak hubungan kekeluargaan, jangan
bertransaksi ketika orang bertransaksi dan jadilah bagi yang lain. Seorang
Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak menekan, tidak
mengaibkan dan tidak pula menghinakannya. Di sinilah kesolehan, sambil
Rasulullah menunjuk-nunjuk tiga kali ke dada. Bantulah baik dia menganiyai mahupun
teraniya. Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Aku tahu bahawa aku
akan membantunya ketika dia dianiyai, tetapi bagaimana aku membantunya jika dia
menganiyai? Jawab Rasulullah, "Hendaklah kamu melindunginya daripada
melakukan perkara tersebut, itulah cara membantunya"
Kualitatif
yang kelima adalah, margin keuntungan yang ditetapkan perlulah berasaskan
kepada ilmu dan kajian yang mendalam tentang barang itu sendiri, pasaran dan
keperluan semasa. Bukannya berdasarkan spekulasi dan sifat tamak yang terluat
dalam diri.
Ilmu dan
kajian yang dilaksanakan mestilah dihubungan dengan ketakwaan terhadap ALLAH
SWT. Barulah hasil ilmuan dan kajian itu adalah sesuatu yang hebat, dan apa
yang lebih penting dapat memberikan kebaikan dan manafaat kepada sebahagian umat
manusia.
Untuk itu, ilmu
dan kajian perlu dihubungkan dengan nilai ketakwaan, kekuatan akal sendirian
tidak akan mampu menelaah sesuatu yang bukan bersifat zahiri. Hanya dengan hidayat
ALLAH SWT yang mampu mencetuskan ilham dan petunjuk kepada manusia tentang
perkara-perkara yang tidak bersifat zahiri ini. Dan, hidayat ini hanya akan
dapat diperolehi dengan jalan ketakwaan terhadap-Nya dan tidak boleh diwarisi
serta ditukar ganti dengan nilai wang ringgit.
Martabat orang
yang mencari ilmu cukup tinggi di sisi ALLAH SWT, sebagaimana disebut dalam
satu Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Darda yang bermaksud:
"Sesiapa yang
melangkah di jalan ilmu, maka ALLAH SWT melapangkan jalannya ke Syurga"
Kualitatif
yang terakhir sekali ialah keadilan. Dalam Islam, keadilan bermaksud meletakkan
sesuatu pada tempatnya dan memberikan kepada yang berhak menerimanya.
Justeru,
margin keuntungan yang ditetapkan terutama barang yang bersifat 'dhururiyyat’
(asas) dan 'hajiyyat' (keperluan), perlulah mencerminkan
keadilan kepada semua pihak tanpa mengira status dan kedudukan. Harga barang
yang terlalu mahal hanya akan menyebabkan golongan yang tidak berkemampuan
hidup dalam keadaan serba kekurangan, sehingga tidak mampu untuk memenuhi
kebutuhan hidup yang paling asas iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Jika dilihat
di bandar-bandar besar, mereka yang hidup merempat tanpa makan-minum dan
pakaian yang sempurna makin melata. Sebahagiannya terpaksa bergantung harap
kepada ihsan orang ramai. Sehingga ada yang sanggup berhujan panas bersama
anak-anak kecil meraih simpati di kaki-kaki lima dan rumah-rumah ALLAH.
Sebagai
natijahnya, setiap peniaga bebas menetapkan kadar margin keuntungan mereka
asalkan sentiasa ‘istiqamah’ dalam kerangaka kebenaran, amanah,
keikhlasan, ukhuwah, ilmu dan keadilan. Semoga apa jua peranan yang kita
laksanakan akan diiktiraf sebagai amal solehnya yang berhak mendapat ganjaran
syurga-Nya di akhirat kelak, yang terlalu mahal harganya.
Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:0852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya KLIK-> BOCORAN TOTO 2D 3D 4D 5D 6D
ReplyDelete