Pages

Saturday, August 17, 2013

Jerat Ah Long - Abdul Hadi Jusoh

Mengikut makluman yang saya perolehi daripada mereka yang pernah terjerat dengan pinjaman 'Ah Long'.

Pertama, kad atm peminjam akan disimpan oleh pihak 'Ah Long' sehinggalah ke semua baki pinjaman yang cukup tinggi kadar faedahnya (melebihi 12% setahun) dibayar sepenuhnya.

Kedua, pihak 'Ah Long' mengambil sikap untuk 'tidak mengejar' peminjam pada beberapa bulan terawal berlakunya tungakkan, tidak sebagaimana institusi kewangan yang 'sah taraf'. Tujuannya, agar jumlah faedahnya terus berganda. Waktu itu, barulah pelbagai tindakan agresif bermula.

Pada saya, musibah Ah Long ini sukar dikawal dan ditangani selagi mana adanya 'demand'. Cuma, apa yang pihak kerajaan dapat lakukan ialah dengan mencari punca kenapa adanya 'demand' sedemikian dan mencari jalan penyelesaiannya.

Saya dapati, punca yang paling utama ialah kurangnya penghayatan cara hidup yang dianjurkan oleh Islam dalam konteks politik, ekonomi dan sosial. Jika ini yang dapat kita kembalikan, InshaAllah, masyarakat akan terhindar daripada pelbagai musibah.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host