Mengaitkan peminjam PTPTN dgn CCRIS Bank Negara seprti langkah 'terdesak' pihak kerajaan. Hakikatnya, ia tidak
akan banyak membantu pihak PTPTN. Bahkan, akan menyebabkan kesan
sampingan bukan setakat kepada peminjam malah juga kepada pergerakan
jangka panjang ekonomi Negara secara keseluruhannya.
Sewajarnya,
ruang yang sedia ada seperti KWSP dan LHDN perlu dimanafaatkan dengan
sebaik mungkin agar masalah yang ‘dianggap bebanan kepada kerajaan’ ini
dapat diselesaikan secara lebih telus dan adil, ibarat ‘memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak’
Tidak
dinafikan dalam konteks hari ini, kita akur kerajaan tidak akan mampu
untuk menyediakan peluang pendidikan peringkat tinggi secara percuma
sepenuhnya. Cuma, apa yang kita harapkan kos yang terpaksa ditanggung
oleh rakyat tidak begitu membebankan sehingga terpaksa menanggung
bebanan hutang puluhan tahun lamanya. Pada masa yang sama, rakyat
mengetahui wujudnya ‘ketidak telusan’ dalam pengurusan ‘wang rakyat yang
telah diamanahkan kepada kerajaan’.
Memandangkan perkara ini sudah berlaku dan agak mustahil untuk ‘write-off’
sepenuhnya buat masa ini untuk elak bebanan kewangan berpanjangan
kepada kerajaan yang tempias langsungnya akan dikembalikan kepada
rakyat. Maka, saya mencadangkan dengan budi bicara dan timbang rasa kerajaan untuk melaksanakan perkara berikut:
Pertama
– memberikan 50% diskaun serta merta kepada semua peminjam yang sudah
menamatkan pengajian mereka dan menjadualkan semuala pembayaran agar
bayaran bulanan pada kadar yang lebih munasabah mengikut kaedah
pembiyaan Islam sepenuhnya.
Kedua – memberikan kebenaran kepada LHDN untuk ‘offset’ PCB dengan bayaran bulanan yang sepatutnya dibayar oleh peminjam.
Ketiga
– memberikan kebenaran kepada KWSP sekiranya ada dikalangan peminjam
yang mahukan baki pinjaman mereka di ‘offset’ dengan dividen tahuan yang
dibayar oleh KWSP.
Keempat
– mewujudkan kaedah pembayaran balik berdasarkan CGPA sepenuhnya kepada
peminjam-peminjam baru. Mereka yang mendapat CGPA yang tinggi berhak
mendapat ‘privilege’untuk membayar semula kurang daripada mereka yang
kurang cemerlang.
Kelima
– memperkasakan konsep waqf korporat dan agihan zakat dalam pengurusan
pendidikan tinggi Negara agar kosnya dapat ‘dimunasabahkan’ mengikut
keupayaan rakyat kebanyakan.
Keenam
– mengawal kewujudan IPTS yang dilihat lebih menjurus ke arah desakan
komersial dan keuntungan, sehingga jumlah pinjaman PTPTN pelajar mereka
melebihi sekali ganda berbanding pelajar yang berada di IPTA.
Ketujuh
– memperkasakan konsep ‘Islamic CSR’ melalui pemindahan kepakaran
industri ke pusat-pusat pengajian tinggi dengan kos ditanggung
sepenuhnya oleh pihak industri.
Justeru,
sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa dengan mengaitkan peminjam PTPTN
dengan CCRIS, ia bukanlah satu kaedah penyelasaian yang terbaik.
Bahkan, ia dilihat seperti mengundang musibah yang lebih besar kepada
rakyat dan Negara secara ‘invisible hand’ untuk tempoh jangka panjang. Yang akhirnya, rakyat jadi ibarat ‘lembu yang meragut rumput di padang yang hanya menanti masa untuk disembelih dan dagingnya pula dijual’.
No comments:
Post a Comment