Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian
alam yang telah memberikan kita nikmat kehidupan sehingga ke saat ini. Selawat
dan salam ke atas nabi junjungan besar Muhammad saw yang telah menyempurnakan risalah
iman, Islam dan Ihsan yang tidak ternilai kepada seluruh umat manusia, sehingga
kita merasa aman dan sejahtera dengannya. Percayalah, tidak ada aturan
kehidupan sebaik dan sesempurna Islam, walaupun bulan dan bintang dijadikan
galang-ganti agar kita meninggalkannya.
Islam itu indah dan banyak
kebaikannya, jika ia benar-benar dihayati dan diamalkan dengan penuh ikhlas,
semata-mata untuk mendapatkan ‘mardhatillah’ (keredhaan ALLAH SWT). Bukannya
dijadikan ‘topeng’ untuk mendapatkan pengiktirafan dan penghargaan manusia yang
berupa habuan pangkat, kedudukan dan wang ringgit. Yang akhirnya, menjadi punca
kepada banyak pertelingkahan dan permusuhan sesama sendiri.
InsyaAllah dalam ruangan Jihad Penulisan kali ini, kita akan
menyantuni tentang satu ungkapan yang saya namakan sebagai ‘perangkap janji batnu’ ataupun perangkap janji perut, sebagai ‘tazkirah’ (peringatan) kepada diri yang
menulis dan mereka yang membacanya. Dengan harapan, kita semua akan sentiasa
berada dalam lingkungan peringatan ALLAH SWT, yang merupakan pedoman yang akan
menyelamatkan kehidupan kita di dunia dan di akhirat.
Ingin saya mulakan tulisan pada kali
ini dengan satu ungkapan yang berbunyi, ‘perut
apabila dalam keadaan lapar akan berjanji apa saja termasuk bulan dan bintang,
tetapi apabila sudah kekenyangan akan berdalih apa saja termasuk dunia dan
segala keperluannya untuk tidak mengotai janji yang telah dibuat’.
Asasnya, Islam melihat dan menelaah
kecenderungan ini sebagai sesuatu yang perlu ditangani dengan penuh ‘itqan’. Agar, ianya tidak terus-menerus
menjadi penyebab kepada runtuhnya hubungan manusia dengan ALLAH (habluminallah) dan hubungan manusia
sesama manusia (habluminannas).
Sedangkan, keharmonian kedua-dua hubungan tersebut menjadi antara kriteria yang
amat signifikan dalam menentukan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di
akhirat.
Realitinya pada hari ini, banyak
musibah yang berlaku dalam masyarakat, asasnya berkait dengan ‘janji batnu’ yang tidak ditepati. Sehinggakan,
ada yang terjebak dengan bermacam-macam kes jenayah seperti ragut, rompak, rogol,
bunuh dan sebagainya.
Muktakhir ini, ada saja ‘kes bunuh dan campak’
yang dilaporkan di media-media masa, seolah-olah langsung tidak wujud perasaan
peri kemanusiaan. Ia juga bukan setakat melibatkan golongan masyarakat
kebanyakan seperti kita, malah turut melibatkan mereka yang diungkapan sebagai
‘VVIP’.
Saya cuba mengamati dalam kes yang
melibatkan pembunuhan, boleh dikatakan sebahagian besar berpunca daripada ‘janji batnu yang tidak ditepati’. Signifikannya,
boleh dilihat dalam isu ‘ah long’, dimana peminjam yang benar-benar tersepit
dengan masalah kewangan akan berjanji apa saja semata-mata untuk mendapatkan pinjaman bagi memenuhi
kebutuhan mereka.
Sedikit tentang ‘ah Long’, ia merupakan istilah popular bagi 'ceti haram' yang merujuk kepada orang perseorangan ataupun institusi yang menawarkan pinjaman kewangan secara haram pada kadar faedah yang sangat tinggi kepada si peminjam, disusuli dengan ugutan ataupun ancaman keganasan. Mereka menawarkan pinjaman kredit kepada sesiapa yang tidak sanggup atau tidak berupaya untuk memperoleh pinjaman daripada sumber yang sah (seperti bank) kerana telah disenarai hitam, diisytihar muflis dsb.
Hakikatnya, ramai peminjam sedar besar padahnya kelak jika janji tersebut tidak ditepati, dengan jumlah ‘bunga’ yang akan beranak-pinak dan tidak setimpal dengan jumlah asal pinjaman (biasanya antara 6% - 30% setahun bergantung kepada jumlah pinjaman dan tahap risiko seseorang peminjam). Namun, mereka teruskan juga akibat desakan kehidupan yang dihadapi. Berdasarkan kes-kes yang dilaporkan kepada pihak Biro Pengaduan Awam MCA, ada mangsa yang hanya meminjam sebanyak RM 5,000, namun ‘end up’ terpaksa membayar sehingga RM 37,500.Tidak cukup dengan itu, mereka akan turut mengancam nyawa peminjam dan keluarganya, sekiranya gagal membayar balik pinjaman tersebut dalam tempoh yang telah dijanjikan, dengan menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan. Umumnya, antara pendekatan yang seringkali digunakan oleh ‘ah long’untuk mendapatkan semula pinjaman pokok yang telah diberikan berserta dengan faedah harian yang begitu tinggi seperti:
Sedikit tentang ‘ah Long’, ia merupakan istilah popular bagi 'ceti haram' yang merujuk kepada orang perseorangan ataupun institusi yang menawarkan pinjaman kewangan secara haram pada kadar faedah yang sangat tinggi kepada si peminjam, disusuli dengan ugutan ataupun ancaman keganasan. Mereka menawarkan pinjaman kredit kepada sesiapa yang tidak sanggup atau tidak berupaya untuk memperoleh pinjaman daripada sumber yang sah (seperti bank) kerana telah disenarai hitam, diisytihar muflis dsb.
Hakikatnya, ramai peminjam sedar besar padahnya kelak jika janji tersebut tidak ditepati, dengan jumlah ‘bunga’ yang akan beranak-pinak dan tidak setimpal dengan jumlah asal pinjaman (biasanya antara 6% - 30% setahun bergantung kepada jumlah pinjaman dan tahap risiko seseorang peminjam). Namun, mereka teruskan juga akibat desakan kehidupan yang dihadapi. Berdasarkan kes-kes yang dilaporkan kepada pihak Biro Pengaduan Awam MCA, ada mangsa yang hanya meminjam sebanyak RM 5,000, namun ‘end up’ terpaksa membayar sehingga RM 37,500.Tidak cukup dengan itu, mereka akan turut mengancam nyawa peminjam dan keluarganya, sekiranya gagal membayar balik pinjaman tersebut dalam tempoh yang telah dijanjikan, dengan menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan. Umumnya, antara pendekatan yang seringkali digunakan oleh ‘ah long’untuk mendapatkan semula pinjaman pokok yang telah diberikan berserta dengan faedah harian yang begitu tinggi seperti:
- Merampas kad ATM (akaun gaji) sekiranya peminjam gagal membuat bayaran mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
- Menyimbah cat merah di kediaman ataupun premis perniagaan peminjam.
- Menghebahkan kepada masyarakat setempat dengan slogan dan poster yang berniat menjatuhkan maruah peminjam
- Meletakkan kepala khinzir di hadapan pintu kediaman ataupun premis perniagaan peminjam.
- Memecah masuk rumah peminjam tanpa izin ataupun secara paksa dan merampas barang-barang berharga.
- Menangkap, memukul dan menyeksa peminjam dan ahli keluarga.
- Memaksa pasangan peminjam untuk melacurkan diri.
- Membunuh peminjam dan ahli keluarga.
Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan
melaporkan keperitan seorang ibu tunggal yang terpaksa menanggung bebanan
hutang ‘ah long’ yang dipinjam suaminya (bekas seorang tentera),
sebanyak RM 15,000 atas namanya. Memandangkan mereka telah berpisah, suaminya
telah mengambil sikap lepas tangan. Kini, hutang tersebut telah berganda kepada
RM 60,000.Akibat ketidakmampuannya untuk membuat pembayaran,
pernah satu ketika anaknya telah diculik dan dia diminta untuk membayar tebusan
RM 4,000 untuk mendapatkan kembali anaknya.
Sejak itu beliau terpaksa berpindah
randah dari satu tempat ke satu tempat, kerana dia diminta supaya membayar RM
200 sehari, sesuatu yang di luar kemampuannya sebagai seorang penjual kuih, yang
tidak menentu hasilnya.Ini hanya antara sekelumit kisah keperitan
hidup yang terpaksa dihadapi oleh mereka yang terjebak dengan pinjaman ‘ah
Long’ ini. Dan, barangkali masih banyak lagi yang masih belum dilaporkan.
Walaupun pelbagai usaha kesedaran dan
tindakan yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk menangani isu ‘ah
long’ ini. Kewujudannya ibarat ‘patah
tumbuh, hilang berganti’, akibat dorongan pulangan yang berlipat ganda yang
bakal dinikmati. Justeru, pelbagai strategi telah digunakan untuk menjerat
mereka yang menghadapi masalah kewangan, antaranya:
- Mengedar kad-kad nama yang tertera pelbagai promosi pinjaman yang mudah dan menarik melalui peti-peti surat kediaman dan premis perniagaan.
- Menampal iklan-iklan di tiang-tiang lampu, pondok bas dan tempat awam dengan pelbagai slogan yang mengelirukan seperti ‘pinjam RM 1,500, dapat RM 2,000’
- Mengedar iklan-iklan melalui pos terus ke rumah-rumah dan premis perniagaan yang dianggap berpotensi.
- Mengenakan syarat pinjaman yang begitu longgar seperti tidak perlukan penjamin, kadar pinjaman yang tinggi, tidak perlu rancangan perniagaan (bagi peniaga) dan yang paling menarik perhatian mereka yang disenaraikan hitamkan oleh pihak institusi kewangan dan bank layak untuk meminjam.
- Tempoh pemprosesan yang pantas dan tunai akan sampai ke tangan peminjam dalam tempoh 24 jam.
- Tidak memerlukan sebarang perjanjian. Hanya salinan kad pengenalan atau passport diperlukan.
Lantaran itu, saya berpandangan terdapat beberapa
faktor yang barangkali boleh dikaitkan dengan ‘janji batani’ ini, sehingga menyebabkan ada dikalangan kita terperangkap
dengan kezaliman ‘ah long’ ini,
antaranya:
- Terjebak dengan lambakan pelbagai aktiviti perjudian yang wujud dalam pasaran.
- Hidup di luar kemampuan diri akibat desakan ‘budaya kapitalis’ yang mengukur segala-gala dari sudut pencapaian material semata-mata.
- Jurang pendapatan yang begitu besar dalam masyarakat hasil lunturnya semangat ‘bertaawun’ (bertolongan) dalam gerak laku ekonomi.
- Ketirisan dan rasuah yang berakar umbi dalam masyarakat sehingga meningkatkan secara ‘invisible hand’ (tidak nampak) kos pengeluaran dalam ekonomi, yang refleksi kesannya kepada pengguna akhir.
- Masalah peluang pekerjaan masyarakat yang tidak begitu ditangani oleh pihak kerajaan, akibat terlalu berlandaskan ‘profit oriented’, bukannya ‘human oriented’.
- Produk pembiyaan Islam yang wujud dalam pasaran lebih terdorong ke arah ‘commercialization’ berbanding tuntutan ‘shariah’ yang bermatlamat untuk meringgankan bebanan dan kesusahan masyarakat. Ini berpunca daripada ketidakupayaan amalan perbankan dan kewangan Islam yang sedia ada untuk keluar sepenuhnya daripada kerangka perbankan dan kewangan yang berasaskan riba.
- Tidak memanafaatkan sepenuhnya ‘wasilah’ zakat dan waqaf yang telah digagaskan oleh Islam, sebagai antara alternatif terbaik yang mampu mengurus bebanan ekonomi umat dengan sebaik mungkin.
Sebagai natijahnya, selagi mana kita
masih beramal dengan sistem ekonomi kapitalis, selagi itulah ‘janji batnu’ akan dijadikan ‘wasilah’ untuk menampung kebutuhan
kehidupan yang semakin hari semakin menekan. Sehingga tiada pilihan lain,
melainkan mendapatkan pertolongan daripada ‘ah long’.
Justeru, pada siri Jihad Penulisan yang akan datang, saya akan cuba merungkai keupayaan
ekonomi Islam dalam meleraikan isu ‘ah long’ ini, yang menjadi antara
bentuk amalan riba yang masih menjadi pilihan secara ‘paksa rela’ masyarakat
pada hari ini. Wallahu ‘alam
No comments:
Post a Comment