Pages

Saturday, February 16, 2013

Menemui & Ditemui

Dai' sifatnya mestilah banyak menemui, bukannya ditemui oleh sasaran dakwah. Mereka boleh berhubungan dengan sesiapa sahaja pada peringkat yang pelbagai, tanpa ada tembok pemisah.

Kehadiran mereka membawa maksud kepada penyatuan masyarakat dan umat demi mardhatillah, bukan kerana mengimpikan jawatan dan kedudukan.

Bagi mereka, jawatan dan kedudukan hanyalah sekadar wasilah. Tanpanya sekalipun, bakti kepada Islam tetap akan diteruskan. Walaupun, mereka yang terpaksa memulakan pengorbanan dan menanggungnya di sepanjang hayat perjuangan.

Pada mereka, Islam adalah matlamat dan keutamaan yang paling ulung dalam kehidupan. Walaupun, dunia dan segala keperluannya dijadikan galang-gantinya.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host