Mengikut pandangan ulama' mazhab Syafi'e,
barang tersebut hendaklah dipulangkan kepada penjual dengan seberapa
segera, sekiranya dia tidak mempunyai sebarang keuzuran seperti sakit
atau sebab-sebab lain yang munasabah yang boleh menghalangnya daripada
berbuat demikian. Jika tidak, haknya untuk memulangan barangan tersebut akan gugur.
Dan, sekiranya penjual telah hilang atau tidak dapat dikesan, pembeli wajib melaporkannya kepada pihak yang berautoriti seperti pihak polis atau mana-mana pihak yang diberikan autoriti yang berkaitan oleh pihak kerajaan, dengan memaklumkan keadaan kerosakan barang yang telah dibeli dan usahanya untuk memulangkan barang tersebut kepada penjual. Namun, penjual tersebut telah hilang ataupun tidak dapat dikesan.
Dan, dalam tempoh tersebut pembeli tidak berhak untuk menggunakan barang tersebut termasuklah menyewakan atau menggadaikannya kepada pihak ketiga.
Insha Allah, pada kesempatan berikutnya kita akan melihat pandangan kalangan ulama' mazhab Hanafi berhubung perkara ini.

No comments:
Post a Comment