khutbatul hajah- sheikh albani mengatakannya sebagai sunnah dengan alasannya ianya sunnah yang bukan bersifat permanent tetapi boleh dibuat dan ditinggalkannya
Mustalah hadith ialah sejenis ilmu yg darinya dapat dikenali perawi/pelapor dan apa yang dilaporkan dari sudut penerimaan dan pelokannya
Alhadith - ialah apa yang disandarkan kepada nabi saw dari sudut perkataan, perbuatan ataupun yang disahkan/persetujuan atau sifat/diskripsi ( berkenaan nabi)
Al-khabar - bermaksud juga sama dengan hadith...
Takrifan sahabah rasulullah saw ialah mereka yang bertemu dengan nabi, dan dia mati dalam iman
Athar - apa yang disandarkan kepada sahabah atau tabi'i ....walaubagaimanapun terdapat juga dalam kitab-kitab yg mengaitkan athar sebagai hadith kepada Rasulullah saw
Hadith qudsi dinisbahkan kepada Allah swt dr sudut makna dan bukan lafaznya, manakala hadith pula dinisbahkan kepada Rasulullah saw dari sudut makna dan lafaznya....manakala Al-quran pula dinisbahkan kepada Allah dari sudut lafaz dan maknanya
Mutawatir - apa yang diriwayatkan oleh jemaah yang mustahil pada kebiasaannya untuk berpakat untuk berpakat dan disandarkan kepadanya perkara yang konkrit
Mutawatir terbahagi kepada dua iaitu mutawatir secara lafaz dan makna dan mutawatir secara maknanya sahaja
Mutawatir secara makna pula ialah apa yang dari sudut maknanya adalah bersepakat dan dari sudut lafaznya adalah tersendiri
Kelas hadith sessi kedua
Pembelajaran hadith perlukan pendalilan kerana ianya bagi menentukan sahih dan dhaifnya
Bahagian pertama berkenaan mustalah hadith....mustalah hadith ialah istilah
Faedah dari mempelajari ilmu mustalah hadith ialah mengetahui apa yang diterima dan ditolak dari perawinya dan apa yang dirawikannya(dilaporkannya)
Dan dikatakan khabar itu apa yang disandarkan kepada nabi saw dan kepada selainnya..
Najashi - adakah dia seorang sahabah atau bukan...dia bukan seorang sahabah kerana dia tidak bertemu nabi saw tetapi dia mati dalam iman
Hadith qudsi - apa yg diriwayatkan oleh nabi saw dr Allah. Juga dikenali sebagai hadith Ilahi atau hadith rabbani...contohnya "aku (allah) bersamaan syak hamba aku, dan aku bersamanya ketika dia mengingatiku, sekiranya dia mengingatiku di dalam dirinya dan aku mengingatinya di dalam diriku..sekiranya dia mengingatiku bersama khalayak, aku mengingatinya bersama khalayak yang lebih ramai daripada mereka
Jenis-jenis khabar/hadith dibahagikan berdasarkan kaedah penukilan kepada kita dalam dua kaedah iaitu mutawatir dan ahad
Contoh mutawatir ialah sekiranya terdapat sekumpulan manusia yang mendengar khutbah jumaat dan disampaikan kepada yang lain secara sepakat perkara yang sama
Contohnya hadith albukhari yang bermaksud 'siapa yang menipu ke atasku maka dia menempah tempatnya di dalam nereka'.... Hadith ini diriwayatkan oleh 60 orang sahabah yang termasuk juga 10 yang dijanjikan syurga (siapa 10 mereka ini.....tunggu next kuliah)
Faedah dari pembahagian mutawatir ialah ilmu; iaitu mukatamad tentang kesahihan pemindahannya dari penukilannya
No comments:
Post a Comment