Perkongsian maklum balas terhadap pertanyaan seorang sahabat berhubung hukum pertandingan dalam Islam.
Daripada sudut pandangan sunnah dan ijma’ ulama’, pertandingan adalah diharuskan. Ini dapat dibuktikan melalui satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada ibnu Umar, dimana Rasulullah SAW pernah menganjurkan pertandingan antara kuda kurus dan kuda gemuk.
Walaupunbagaimana Islam melarang tiga jenis pertandingan iaitu:
1) pertandingan yang mempunyai elemen perjudian.
2) pertandingan yang menyebabkan mudarat seperti menyeksa binatang.
3) pertandingan yang bertujuan untuk mendapatkan ganjaran semata-mata.
Secara umumnya, sebagaimana yang kita maklum terdapat dua jenis pertandingan iaitu yang berasaskan ganjaran dan tidak berasaskan ganjaran.
Bagi pertandingan yang tidak berasaskan ganjaran, Islam mengharuskannya tanpa syarat. Justifikasinya adalah daripada kenyataan Saidatina Aisyah, katanya:
“Saya pernah berlumba lari dengan Rasulullah SAW dan saya menang. Selepas itu, kami tidak lagi berlumba sehingga saya merasa gemuk, maka kami pun sekali lagi berlumba dan pada kali ini Rasulullah SAW telah menang. Baginda bersabda, “Kita seri”.
Begitu juga, seorang sahabat Salamah bin al-Akwa’ pernah berlumba lari dengan seorang lelaki ansar di hadapan Rasulullah SAW. Dan, baginda sendiripun pernah bergusti dengan Rukanah untuk menunjukkan baginda untuk tujuan pengislaman Rukanah. Dan, ternyata selepas kemenangan Rasulullah SAW dalam gusti tersebut, Rukanah telah memeluk Islam.
Bagi pertandingan yang berganjaran, pendapat jumhur ulama’ selain daripada kalangan ulama’ daripada mazhab Hanafi, mereka berpandangan iainya adalah tidak harus kecuali pertandingan memanah, lumba kuda (ataupun yang sejenis dengannya) dan lumba lembu (ataupun yang sejenis dengannya). Ini kerana ia dikaitkan kepada manafaat latihan yang boleh digunakan dalam peperangan. Ini ada disebut dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi, al-Nasai’, al-Syafi’, al-Hakim, Ibn-Majah, Ahamd dan ibn Hibban, ibn al-Qattan dan ibn Daqiq al ‘Id daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:
“Tidak ada pertandingan yang diharuskan kecuali lumba kuda, lembu dan pertandingan memanah”
Sebagai rumusan, antara syarat-syarat yang menjadikan sesuatu pertandingan yang dianjurkan harus adalah seperti berikut:
Pertama, pertandingan yang dilaksanakan mestilah sesuatu yang bermanafaat.
Kedua, ganjaran hendaklah disediakan oleh salah seorang yang bertanding ataupun pihak ketiga.
Ketiga, semua pihak yang bertanding mestilah ada peluang yang sama untuk menang.
Keempat, syarat-syarat pertandingan mestilah jelas daripada bermulanya pertandingan sehinggalah tamat.
Semoga perkongsian ini akan sedikit sebanyak memberikan manafaat kepada masyarakat dan umat.

Abdul Hadi B. Jusoh
Founder,
Daya Fikir
No comments:
Post a Comment