Pages

Friday, November 2, 2012

Sekali Bayar Premium Insurans Kenderaan

Pagi tadi ketika membaca sorotan akhbar tentang Awang Adek pertahankan kenaikan premium insurans kenderaan, saya terfikir adakah wajar dan praktikal jika premium insurans kenderaan hanya dibayar sekali sahaja, iaitu ketika ianya dibeli, tetapi coverage sehingga hayat kenderaan.

Pada pandangan saya, ia boleh dilaksanakan jika kena cara dan pendekatannya. Namun pada peringkat awal ia memerlukan banyak pengorbanan pelbagai pihak, khususnya pihak kerajaan dan syarikat insurans. Tetapi jika dihayati, ia akan membawa manafaat jangka panjang kepada banyak pihak termasuklah syarikat penanggung insurans itu sendiri. Begitu juga kepada prestasi ekonomi negara secara keseluruhannya.

Dari segi kaedah perlaksanaan, pemilik kenderaan hanya perlu membayar premium insurans ketika mula-mula membeli kenderaan tersebut dengan nilaian harga pasaran / pembelian dan ianya akan 'valid' sehingga tempoh hayat kenderaan tersebut. Namun, sekiranya dalam tempoh tersebut pemilik membuat tuntutan akibat kemalangan, dia perlu membayar semula premium insurans kenderaannya pada nilaian harga pembelian. Ini bermakna, nilai premium adalah tetap untuk sesebuah kenderaan sehingga tempoh hayatnya. Jika tidak berlaku apa-apa tuntutan dalam tempoh tersebut, nilai premium yang dibayar akan menjadi hak syarikat penanggung insurans sepenuhnya.

Dari sudut ekonomi, saya melihat antara kesannya:

1) Peningkatan pendapatan boleh guna (disposable income) isi rumah yang seterusnya akan meningkatkan kuasa beli.

2) Peningkatan tahap simpanan yang seterusnya akan menjana pelaburan dalam ekonomi, kerana firma akan menikmati 'çost of funding' yang lebih rendah.

3) Peningkatan permintaan terhadap kenderaan kerana rakyat pelbagai peringkat akan mampu memiliki kenderaan sendiri.

4) Peningkatan peluang pekerjaan hasil stimulasi ekonomi akibat peningkatan permintaan domestik dalam pelbagai cabang industri.

5) Peningkatan kadar premium yang akan diterima oleh syarikat penanggung insurans, yang seterusnya akan meningkatkan daya pelaburan mereka dan menjana pulangan keuntungan.

6) Peningkatan cukai korporat yang akan diterima oleh kerajaan, yang boleh digunakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Walaubagaimanapun, cadangan ini perlu lebih diperincikan agar ia tidak bertentangan dengan kayu pengukur syariah dan manafaatnya lebih besar dari musibah kepada pelbagai pihak. Ini penting supaya setiap perubahan yang ingin dilaksanakan tidak ibarat ' yang dikejar tak dapart, yang dikendong pula keciciran'.

Wassalam.

 


No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host