POS Malaysia Bhd dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia (BMMB) sedang dalam proses untuk menawarkan perkhidmatan pajak gadai Islam, Ar-Rahnu.
Untuk merealisasikan usaha tersebut, ia telah mengambilalih keseluruhan saham sebuah syarikat yang tidak aktif, iaitu Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd, yang dulunya dikenali Bright Emerald Sdn Bhd. Dengan itu, ia akan digunakan sebagai asas kepada usaha sama dengan BMMB.
Mengikut sumber, POS Malaysia akan menguasai 80 peratus kepentingan dalam syarikat usaha sama itu, manakala selebihnya akan dikuasai oleh BMMB.
Antara rasional POS Malaysia dalam kerjasama itu adalah untuk meningkatkan kepelbagaian penawaran produk di cawangan pejabat pos sebagai nilai tambah kepada barisan produk yang ada.
Untuk merealisasikan usaha tersebut, ia telah mengambilalih keseluruhan
Mengikut sumber, POS Malaysia akan menguasai 80 peratus kepentingan dalam syarikat usaha sama itu, manakala selebihnya akan dikuasai oleh BMMB.
Antara rasional POS Malaysia dalam kerjasama itu adalah untuk meningkatkan kepelbagaian penawaran produk di cawangan pejabat pos sebagai nilai tambah kepada barisan produk yang ada.
Pendekatan transformasi perniagaan ini, memberikan kelebihan kepada POS Malaysia dengan rangkaian meluasnya, iaitu kira-kira 700 cawangan pejabat pos yang dimilikinya ketika ini di seluruh negara, termasuklah dibeberapa lokasi strategik.
Dengan ini diharapkan, asas-asas kontrak kewangan Islam akan lebih dipraktikkan dan akan menjadi pilihan utama satu hari kelak, bukan sekadar alternatif kepada produk konvensional yang berasaskan riba hari ini.
No comments:
Post a Comment