Pages

Showing posts with label Muamalat. Show all posts
Showing posts with label Muamalat. Show all posts

Tuesday, June 26, 2012

POS Laksanakan Ar-Rahnu

POS Malaysia Bhd dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia (BMMB) sedang dalam proses untuk menawarkan perkhidmatan pajak gadai Islam, Ar-Rahnu.

Untuk merealisasikan usaha tersebut, ia telah mengambilalih keseluruhan saham sebuah syarikat yang tidak aktif, iaitu Pos Ar-Rahnu Sdn Bhd, yang dulunya dikenali Bright Emerald Sdn Bhd. Dengan itu, ia akan digunakan sebagai asas kepada usaha sama dengan BMMB.
 
Mengikut sumber, POS Malaysia akan menguasai 80 peratus kepentingan dalam syarikat usaha sama itu, manakala selebihnya akan dikuasai oleh BMMB.

Antara rasional POS Malaysia dalam kerjasama itu adalah untuk meningkatkan kepelbagaian penawaran produk di cawangan pejabat pos sebagai nilai tambah kepada barisan produk yang ada.

Pendekatan transformasi perniagaan ini, memberikan kelebihan kepada POS Malaysia dengan rangkaian meluasnya, iaitu kira-kira 700 cawangan pejabat pos yang dimilikinya ketika ini di seluruh negara, termasuklah dibeberapa lokasi strategik. 

Dengan ini diharapkan, asas-asas kontrak kewangan Islam akan lebih dipraktikkan dan akan menjadi pilihan utama satu hari kelak, bukan sekadar alternatif kepada produk konvensional yang berasaskan riba hari ini.

Sunday, March 25, 2012

Overview of Islamic Finance

Islamic finance signifies commercial financial transactions and activities which are in consonance with the principle of shariah, so called the Islamic law. Significantly, there are few major principles as per below lines:
  1. the ban on interest or the classical term which is called riba.
  2. the ban on ambiguity or gharar
  3. the ban on financing economic non-shariah compliant activities
  4. the adherence to risk and profit sharing
  5. the promotion of ethical investments and transactions which enhance ummah
  6. the promotion of real economic activities
The originality of shariah principles are majorly from al-Qur'an and hadith of the Prophet Muhammad (PBUH), which is to emphasize justice and shared risk and responsibility among players in the industry. Hence, all the products sell by bankers must not only derive from the commercial-driven but the most important is in line with the shariah-driven.

Since 1960, the Islamic financial industry grew steadily resulted from few factors as follow:
  1. strong growth in OIC economies.
  2. shariah research & innovative product development
  3. resurgence of ethical value
  4. retail and commercial demand
  5. Liberalization of capital markets
  6.  Institutional capital
 Hope in the next section, I will write further details on this topic. Walluhu'alam - Abdul Hadi Jusoh

Saturday, June 18, 2011

Akhlak Dalam Muamalat

Kecantikan akhlak adalah antara keindahan yang terpancar dalam Islam. Ianya ibarat tatahan berlian kehidupan yang menjadi nilai tambah (value added) kepada seseorang. Pemilik akhlak yang baik, bukan setakat akan disenangi dalam 'habluminannas' (hubungan sesama manusia), bahkan juga dalam 'habluminallah (hubungan dengan ALLAH). Secara realitinya, apabila ramai orang begitu senang bersama kita, banyak perkara kebaikan akan terjalin. Kehadiran kita akan ditunggu-tunggu, manakala ketiadaan kita akan begitu dirasai...

Pendorong akhlak yang baik adalah perasaan takwa yang begitu mendalam kepada ALLAH SWT. Bukannya mengharapkan imbuhan tertentu yang bakal diperolehi. Jika ini sandaran akhlak, ianya akan bermusim sifatnya. Sebagai contoh, seorang pekerja akan mempamerkan akhlaknya yang baik hanya ketika menghampiri musim penilaian oleh majikan. Andaikata, hasil penilaian tidak menepati apa yang dia inginkan, maka akhlak yang baik itu akan 'ditanggalkan' dengan penuh rasa amarah dalam diri...

Akhlak yang baik perlu berada dimana-mana, samada 'ada' yang melihat ataupun tidak. Kerana asasnya, ALLAH SWT itu ada dimana-mana. Dia sentiasa melihat, memerhati dan menilai setiap gerak-geri hamba-Nya. Dan seterusnya, akan memberikan ganjaran samada 'on the spot' di dunia ini ataupun 'ditangguhkan' hingga hari pembalasan (yaumuddin) di Akhirat kelak.

Apa jua peranan kita, akhlak yang baik adalah menjadi 'pakaian wajib' yang perlu melitupi tubuh badan kita sepanjang masa. Dalam konteks muamalat, seorang peniaga, pengguna dan penggubal & penguatkuasa tidak dapat (laa budda) mesti melaksanakan tangunggjawab mereka dengan penuh berakhlak.

Antara akhlak muamalat yang nampak mudah tapi amat payah untuk dilakukan, iaitu tidak menipu atau menyatakan kebenaran walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Semestinya, ketiga-tiga unit muamalat (iaitu pengguna, peniaga dan penggubal & penguatkuasa) perlu melazimkan diri mereka untuk sentiasa berurusan tanpa menyembunyikan kebenaran.

Adalah tidak sepatutnya seorang pembeli meminta gantian barang yang dibeli akibat kerosakan yang berpunca daripada kecuaian dirinya. Dia tidak wajar menipu peniaga dengan mengatakan barang tersebut memang telah rosak sebelum dapat digunakan. Dialog ini seringkali kita dengar, "Betul tokey, sampai saja rumah bila nak bukak balik tepon ni dah tak hidup'. Padahal, iainya terhempas sebaik saja sampai di rumah. 

Adalah tidak sepatutnya seorang penjual menyembunyikan maklumat sebenar tentang produk atau perkhidmatan yang dijual. Banyak perniaga hari ini tidak akan sesekali menyatakan apa kelemahan atau kekurangan sesuatu produk atau perkhidmatan mereka. Perhatikan iklan-iklan yang terpapar di merata-rata, semuanya berlumba-lumba menonjolkan kebaiakan dan kelebihan masing-masing. Sehingga sesetengah pembeli yang tidak begitu berhati-hati menjadi tertipu. Apabila produk atau perkhidmatan sudah berpindah tangan, barulah baik buruknya yang sebenar diketahui.

Adalah tidak sepatutnya penggubal & penguatkusa undang-undang tidak menyatakan kebenaran yang sebenar apabila menggubal & menguatkuasa undang-undang (iatu kerajaan) terhadap pembeli & peniaga. Tidak sepatutnya kerajaan meluluskan peruntukan undang-undang tertentu untuk membenarkan kenaikan harga barang atau perkhidmatan tertentu dengan menjadikan alasan kenaikan harga pasaran semasa. Sedangkan realitinya hanya untuk memberikan keuntungan yang berlipat ganda kepada kelompok peniaga tertentu. 

Sekiranya, kita semua dapat bermuamalat dengan akhlak yang baik. InsyaALLAH kehidupan umat akan lebih aman damai dan sejahtera.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host