Berdasarkan laporan dalam beberapa akhbar kewangan dan ekonomi arus perdana, Putrjaya telah mengambil kata putus untuk membatalkan cadangan pertukaran saham antara MAS-AIRASIA, setelah menerima banyak tekanan daripada pelbagai pihak, termasuklah daripada kesatuan pekerja-pekerja MAS sendiri.
Walaubagaimanapun, difahamkan kerjasama antara kedua-dua syarikat tersebut akan tetap diteruskan, namun dengan pendekatan yang berbeza yang akan dibincangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah pada minggu ini.
Harapan kita semua, agar pendekatan yang akan diterima pakai kelak tidak akan mengulangi kontroversi yang sama sebagaimana yang telah berlaku dalam isu pertukaran saham ini. Biarpapun penyelesaian, biarlah ia memberikan manafaat yang besar kepada rakyat, bukan sekadar kepada sesetengah golongan tertentu.
No comments:
Post a Comment