Dalam konteks hari ini, ejen atau wakil memainkan peranan yang amat penting dalam banyak transaksi perniagaan yang dijalankan, samada berkaitan dengan barang mahupun perkhidmatan.
Justeru, Islam telah menyediakan garis panduan yang wajar diikuti agar peranan ejen atau wakil dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin serta dapat menggelak daripada sebarang salah faham yang mungkin timbul dikalangan pihak – pihak yang terlibat dalam transaksi tersebut. Ini bertepatan dengan ‘nature’ Islam itu sendiri sebagai agama yang aman dan selamat.
Antara perkara asas yang telah ditetapkan oleh Islam adalah seseorang wakil yang dilantik mestilah dikalangan mereka yang dewasa dan waras. Ini bermakna, kanak – kanak yang belum mumayyiz, iaitu masih belum mampu membezakan antara baik dan buruk tidak layak untuk dilantik sebagai ejen atau wakil.
Begitu juga, bagi seseorang yang tidak waras atau ‘gila’ turut tidak diiktiraf sebagai ejen atau wakil yang sah.
Ini bertitik tolak daripada peranan seorang wakil yang perlu menguruskan sesuatu perkara yang telah diwakilkan kepadanya dengan sebaik mungkin. Mana mungkin seorang kanak – kanak yang belum mumayyiz ataupun seseorang yang gila dapat menguruskan perkara tersebut dengan baik. Sedangkan untuk dia menguruskan dirinya sendiripun belum tentu sempurna.
Bagi kanak – kanak yang mumayyiz kalangan Ulama’ Hanafi berpandangan adalah sah untuk melantik mereka walaupun tanpa keizinan daripada ibubapa ataupun penjaganya.
Namun, bagi Ulama Maliki dan Hanbali adalah tidak sah untuk melantik kanak – kanak sebagai ejen atau wakil kerana mereka masih belum mukallaf (belum memikul tanggungjawab).
Bagaimanapun, ada sedikit kelonggaran di kalangan Ulama’ Syafi’i yang membenarkan perlantikan kanak – kanak yang mumayyiz untuk menjadi ejen atau wakil dalam beberapa perkara tertentu seperti memasuki rumah, menyampaikan hadiah, menunaikan haji, melakukan kerja sukarelawan, menyembelih binatang korban dan mengagihkan zakat.
Antara perkara lain yang termasuk dalam garis panduan tersebut, sebagaimana ditegaskan oleh kalangan Ulama’ Hanafi, ialah seorang wakil yang dilantik perlulah dikalangan mereka yang mempunyai kesungguhan dan kepakaran dalam bidang yang diwakilkan kepadanya. Adalah tidak sah melantik ejen atau wakil yang diluar bidang kepakarannya. Sebagai contoh, Ahmad adalah seorang konsultan dalam bidang pembinaan lebuhraya. Dan, dia telah dilantik oleh Rosli sebagai ejen atau wakil untuk mengurus ladang binantang ternakannya. Ini bermakna, berdasarkan pandangan ini adalah tidak sah.
Begitu juga perlu ada kejelasan dalam perlantikan ejen atau wakil. Adalah tidak sah melantik lebih daripada seorang ejen atau wakil tanpa ‘clear cut’ peranan dan jangka waktu masing – masing.
Abdul Hadi Jusoh
No comments:
Post a Comment