Pages

Saturday, February 25, 2012

Penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH)

Petang tadi ketika menelaah 'The Edge' keluaran Feb 27 - Mar 2012 tumpuan saya terarah kepada polemik penyenaraian Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) ke pasaran Bursa Malaysia, yang akhirnya diteruskan juga walaupun tanpa penyertaan Koperasi Permodalan Felda. Ini sebagaimana yang telah diumumkan oleh Pengerusinya Tan Sri Isa Samad. Dalam rekod, Koperasi Felda memegang 51% kepentingan dalam Felda dengan 1% apa yang disifatkan sebagai 'MOF Golden Share', yang memberikan full authority kepada pihak kerajaan untuk overrule sebarang keputusan yang telah dibuat oleh pihak lembaga pengarah. Juga, mempunyai authority dalam perlantikan ahli lembaga pengarah.

Antara persoalan yang bermain di fikiran saya, tentang matlamat di sebalik keterujaan pihak kerajaan untuk meneruskan penyenaraian tersebut, walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak, khususnya dikalangan settlers Felda itu sendiri. Dalam hal ini, saya difahamkan sekumpulan settlers Felda telah berjaya mendapat injuksi mahkamah untuk menghalang pemindahan 51% pegangan Koperasi Permodalan Felda di dalam Felda kepada Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH), untuk tujuan penyenaraian tersebut.

Secara personal, saya fikir lebih wajar jika status Felda remain seperti hari ini . Cuma dengan penambahbaikan beberapa aspek profesionalismenya, agar manafaat kepada golongan settlers dapat ditingkatkan. 

Secara umum perlu difahami, antara impak penyenaraian sesebuah syarikat di pasaran saham akan secara tanpa disedari menjadikan syarikat tersebut beralih arah fokusnya terhadap 'profit oriented' demi  menjaga nama baik dan survival. Jika tidak, ia tidak akan menjadi 'pilihan' para pelabur, samada pelabur runcit apatah lagi pelabur institusi. Dalam pasaran saham, turun naik harga , sama juga seperti pasaran barang - barang pengguna lain, yang amat bergantung kepada 'law of demand and supply'. Dan, dalam konteks ini penentu utamanya adalah tahap keuntungan dan kadar dividen yang ditawarkan.

Antara kebimbangan banyak pihak adalah terhadap fungsi Felda itu sendiri yang asasnya diformulasi sebagai pembela kebajikan rakyat. Ini kerana, wujud probabilty yang ia sedikit demi sedikit terhakis dek minda 'profit oriented' pasca penyenaraian.

Pada saya, para settlers Felda hari ini agak selesa dengan kadar dividen yang diterima sekitar 15% - 16%, juga dengan pemberian pelbagai 'durian runtuh' oleh pihak pengurusan Felda. Ini jauh lebih tinggi jika nak dibandingkan  dengan kadar dividen KWSP, iaitu hanya 6% bagi tahun kewangan 2011. Kadar ini belum tentu akan remain selepas penyenaraian. Begitu juga dengan pelbagai manafaat lain yang pernah diterima sebelum ini, kerana, segala-galanya akan diputuskan oleh ahli lembaga pengarah.

Pada saya, dalam aspek pengurusan ekonomi Islam, 'yang utama perlu diutamakan'. Dalam apa jua keadaan sekalipun, kebajikan rakyat adalah menjadi keutamaan. Dan, urusan menjaga kebajikan rakyat ini tidak sepatutnya 'diswastakan' kepada institusi apatah lagi individu tertentu. Ini kerana, ia hanya kelak akan mencetuskan  apa yang boleh diistilahkan 'kebajikan yang berorientasikan keuntungan'. Barangkali, dulunya orientasi kebajikan terlaksana dalam kadar 70%, baki 30% barulah fokusnya kepada keuntungan. ia barangkali berubah menjadi sebaliknya.

Dalam pengurusan ekonomi Islam juga, antara manafaat dan musibah perlu dilakukan timbang tara dengan sebaik mungkin. Manafaat yang sedikit, khususnya hanya kepada segolongan tertentu perlu dielakkan sekiranya musibah lebih besar khususnya kepada sebahagaian besar khalayak. Begitu juga dalam isu penyeneraian Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH), memang tidak dinafikan ada manafaatnya, tetapi bagaimana timbang tara dengan musibahnya kelak? Apakah benar - benar berbaloi? Atau sekadar untuk mendapat 'instant cash' daripada penyenaraian tersebut? Tepuk dada tanyalah hati dan iman...

Sekadar meluah pandangan,

Abdul Hadi Jusoh,
Kajang.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host