Pages

Saturday, April 30, 2011

Salah Faham Dalam Murabahah

Hari ini banyak berlaku salah faham dalam penggunaan prinsip murabahah di peringkat institusi kewangan. Puncanya adalah keghairahan untuk mengikut rentak perbankan konvensional yang tampil dengan pelbagai produk yang cukup kompetitif. Sehinggakan, pengamal kewangan Islam terpaksa 'bertungkus lumus' mereplika produk kewangan Islam agar lebih berdaya saing sebagaimana produk konvensional.

Antara salah faham yang dapat dikenalpasti yang berlaku pada hari adalah seperti berikut:
Anggapan bahawa prinsip murabahah boleh digunakan untuk tujuan semua pembiyaian sebagaimana yang diamalkan oleh di institusi kewangan konvensional. Terdapat sesetengah bank Islam mengunakan murabahah untuk membiyai  perbelanjaan perniagaan seperti membayar gaji pekerja, membayar bil utiliti dan penyelesaian hutang-piutang dengan pihak ketiga.

Pengunaan untuk pembiyaan peribadi sehingga menyebabkan ada sesetengah pelanggan menamakan 'aset palsu' (suka-suka letak) semata-mata untuk mendapatkan pembiyaiaan murabahah. Sedangkan tujuan sebenar adalah untuk kegunaan perkara-perkara lain.

Kontrak perjanjian murabahah dilaksanakan sekaligus. Sedangkan murabahah melibatkan kontrak yang berasingan yang perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Kadang-kadang, dalam amalan perbankan Islam pada hari ini, pelanggan hanya menurunkan tandatangan mereka ketika penyerahan pembiyaan murabahah dibuat.

Amalan 'beli balik' dalam murabahah terutama daripada pembekal yang sama, sebenarnya wujud perbedaan pandangan dalam Shariah. Ada yang mengatakan dibolehkan, dan ada yang mengatakan tidak. Namun, amalan perbankan Islam di Malaysia menerima pakai pandangan yang pertama.

Justeru itu, saya berpandangan 'isu replika produk' ini perlu ditamatkan dengan seberapa segera. Kita pengamal-pengamal kewangan Islam perlu bergandingan bahu untuk melahirkan produk yang benar-benar menepati peruntukan Shariah dan pada masa yang sama tidak meminggirkan nilai kompetitif dan komersial.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host