Pages

Saturday, April 30, 2011

Bai Inah

Al-inah dari pengertian bahasa bermaksud pendahulaun (al-salaf). Secara teknikalnya, bai' inah berlaku apabila seseorang menjual sesuatu barang kepada pembeli pada harga yang telah dipersetujui dengan bayaran tangguh. Kemudian, penjual membeli kembali barang tersebut pada harga yang lebih rendah secara tunai.

Para fuqaha' terdahulu berbeda pandangan dalam menghukum bai inah ini dengan sebahagiannya berpandangan, ianya tidak dibolehkan kerana 'hilah'nya menjurus ke arah riba. Ianya berasaskan kepada satu Hadith di mana Rasulullah ada menyebut bahawa seseorang yang mempraktikkan bai inah akan mendapat cemuhan daripada ALLAH SWT.

Manakala bagi Hanafi, ianya dibolehkan dengan syarat melibatkan pihak ketiga, yakni transaksi yang pertama dan yang kedua tidak melibatkan pihak yang sama.

Maliki dan Hanbali, pandangan mereka cukup tegas, iaitu ianya tidak dibenarkan dan transaksi yang berasaskan prinsip ini dianggap tidak sah. Asas mereka adalah prinsip 'sadd zari'ah' iaitu mencegah sesuatu yang boleh menjurus kepada sesuatu yang haram, dalam kes ini yakni riba. 

Walaubagaimanapun, Shafie dan Zahiri mempunyai pandangan yang berbeza, di mana bagi mereka bai inah dibolehkan, kerana hukum adalah berdasarkan kepada niat yang dizahirkan. Soal niat yang tidak dizahirkan adalah urusan ALLAH SWT.  Mereka mendakwa, hadith yang dijadikan asas oleh majoriti fuqaha' adalah hadith lemah yang tidak boleh dijadikan asas kepada menetapkan hukum.

Dalam amalan perbankan Islam di Malaysia, Jawatankuasa Penasihat Shariah memutuskan untuk menerima pakai pandangan Shafie dan Zahiri.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host