Dalam transaksi Murabahah, pihak penjual (biasanya institusi kewangan) dibenarkan untuk meminta pihak ketiga menjadi penjamin kepada pembeli.
Dalam hal ini, timbul perselisihan dikalangan fuqaha' tentang samada pihak ketiga dibolehkan mengenakan caj tertentu apabila membuat jaminan kepada pembeli transaksi Murabahah.
Sesetengah fuqaha' terdahulu berpendapat pihak ketiga tidak boleh mengenakan sebarang caj memandangkan iainya bersifat sukarela.
Namun, dikalangan fuqaha' kontemporari ia dibolehkan. Ini kerana tidak ada sebarang larangan khusus yang disebut dalam al-Qur'an dan juga Hadith. Ia juga bersandarkan kepada keperluan semasa. Di mana transaksi kewangan hari ini banyak melibatkan dokumentasi dengan pelbagai kos.
Saturday, April 23, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment