Pages

Saturday, April 23, 2011

Cagaran Murabahah

Sebagaimana yang kita maklum, bahawa bayaran dalam transaksi Murabahah dibuat secara bayaran tertangguh  oleh pelanggan kepada pihak institusi kewangan, dalam jangka masa atau tempoh tertentu yang telah dipersetujui.
Justeru, secara teknikalnya pihak institusi kewangan akan berdepan dengan ketidakbayaran oleh pihak pelanggan samada tidak membuat pembayaran tepat pada masanya, sebagaimana yang telah dipersetujui. Untuk itu, syarat cagaran ditetapkan dalam transaksi Murabahah ini. Dan ini, dibolehkan dalam muamalah Islam dengan mematuhi spesifikasi tertentu.

Dari segi penyerahan cagaran oleh pihak pelanggan kepada pihak institusi kewangan, adalah sebaiknya selepas berlakunya transaksi Murabahah. Namun, ia tidak menjadi kesalahan jika pihak pelanggan ingin menyerahkan cagaran tersebut  lebih awal. Tetapi perlulah selepas harga transaksi Murabahah ditetapkan.

Dari segi liabiliti, barangan yang dicagarkan adalah di bawah risiko pihak institusi kewangan. Sekiranya, cagaran tersebut rosak sebelum transaksi Murabahah selesai sepenuhnya (jika pihak pelanggan menyerahkan cagaran lebih awal) bukan disebabkan kecuaian atau salah laku, pihak institusi kewangan mempunyai dua pilihan utama:

  • Membuat bayaran ganti rugi kepada pihak pelanggan pada harga pasaran dan membatalkan transaksi Murabahah.
  • Meneruskan transaksi Murabahah dan sebahagian harganya ditolak daripada harga pasaran barangan cagaran.
Dalam keadaan lain, barangan transaksi Murabahah itu sendiri juga dibolehkan dijadikan cagaran Murabahah.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host