Pages

Saturday, April 23, 2011

Penalti Murabahah

Sebagaimana yang kita maklum, harga dalam transaksi Murabahah adalah tetap. Ini berbeza daripada pinjaman yang berasaskan faedah yang amaunnya akan meningkat sekiranya, pihak peminjam gagal melunaskan pinjaman tersebut pada masa yang telah dipersetujui.

Situasi ini telah menyebabkan wujud dikalangan pembeli mengambil kesempatan untuk tidak membuat pembayaran tepat pada masanya. Ini akan menyebabkan kerugian di pihak penjual.

Untuk itu, terdapat para fuqaha' kontemporari membolehkan pihak penjual mengenakan caj tertentu kepada mana-mana pembeli yang secara sengaja tidak membuat pembayaran tepat pada masa yang dijanjikan.

Dalam amalan perbankan Islam di Malaysia, pihak bank dibenar untuk mengenakan 1% penalti daripada jumlah baki transaksi Murabahah yang masih tertangguh kepada pembeli yang ingkar membuat pembayaran tepat pada masanya. Namun, ianya tidak bersifat gandaan dan hanya dikenakan sekali sahaja.

Dalam amalan perbankan Islam di Timur Tengah, pembeli yang ingkar akan membayar penaliti bukan langsung kepada bank, tetapi kepada badan kebajikan di bawah kelolaan bank itu sendiri. Ianya perlu dipastikan, bahawa penalti tersebut tidak termasuk sebahagian daripada pendapatan bank. Ini bersandarkan kepada sebahagian fuqaha' Maliki yang tidak membenarkan caj dikenakan ke atas hutang yang ingkar dibayar tepat pada masanya, kerana ia akan menjurus ke arah riba.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host