Setinggi-tinggi kita nyatakan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih berupaya merasai nikmat kehidupan dengan aman, dikala orang lain bergelumang dengan pelbagai dugaan dan kepayahan. Sujud syukur pada-Nya sebagai tanda bumi Malaysia yang kita diami ini masih dilindungi daripada malapetaka atau bencana alam yang tidak terduga, tidak seperti di sesetengah negara lain dunia. Alhamdulillah...
Namun, bak kata pepatah orang dulu-dulu, langgit tidak akan selalunya cerah. Begitulah kehidupan caturan Illahi. Hari ini kita melihat sebuah negara yang dianggap salah sebuah gergasi ekonomi dunia goyah dengan bencana alam yang sesekali tidak terduga dek kebijaksanaan akal dan kecanggihan teknologi ciptaan manusia.
Apa yang berlaku di Jepun sebenarnya begitu besar maknanya pada kita.Terutama bagi yang sering berfikir dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di sekeliling. Begitulah betapa Maha hebatnya kuasa 'Kun Fayakun ALLAH SWT''.
Hakikatnya, kita sebagai hamba yang mampu merancang dan seterusnya melaksanakan apa yang telah dirancang. Hasil dan kesudahan terletak sepenuhnya pada kuasa dan maha kebijaksanaan ALLAH SWT. Namun, maha kebijaksanaan ALLAH SWT tidak akan sesekali dapat kita duga secara tepat. Setiap apa Dia datangkan kepada kita baik yang bersifat kegembiraan atau kedukaan, semuanya bertatahkan hikmah yang berupa kebaikan kepada hamba-Nya. ALLAH SWT tidak akan sesekali menzalimi hamba-Nya walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Sungguhpun pada pandangan mata kasar kita seolah-olah ianya sesuatu yang zalim. Yang zalim hanya kita, yakni seringkali melakukan sesuatu yang sudah begitu jelas tertegah sebagai larang-Nya dalam kitab agung al-Quránul karim.
Fitrahnya apabila sesuatu yang tertegah itu dilanggari, maka kehidupan dihujani dengan pelbagi musibah dan serba kepayahan. Seringkali kita menyalahkan orang lain apabila berdepan dengan pelbagai masalah yang menimpa diri. Ada yang lebih ekstrem, sesetengah dikalangan kita turut menyalahkan ALLAH SWT kerana tidak berlaku adil. Sehingga ada yang tergelincir pegangan akidahnya, hanya semata desakan hidup yang tidak terduga peritnya.
Subhanallah...apakah kita sudah lupa? Kita ini hanya hamba-Nya yang serba daif yang tidak memiliki apa-apa kecuali kurniaan-Nya. Tanpa kurniaan-Nya yang berupa ilmu dan kebijaksanaan seawal penciptaan Nabi Adam as, mana mungkin kita semua mampu berdiri segah dan sehebat hari ini.
Namun, sifat án-nisyan' dalam diri manusia lebih menguasai kewarasan akal dan ketakutan pada Tuhan Pencipta yang Maha Kuasa. Pelbagai kerosakan yang dilakukan tanpa batasan. Sehingga melanggari batas sempadan yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT.
Memang benar penegasan ALLAH SWT bahawa setiap kerosakan yang berlaku di muka bumi adalah berpunca daripada kerakusan tangan-tangan manusia yang begitu ghairah mengejar habuan dunia yang bersifat fana dan melalaikan ini.
Justeru, marilah kita kembali kepada ALLAH SWT dalam setiap inci gerak laku kehidupan kita. Kehidupan ini hanyalah sementara. Yang kekal abadi adalah kehidupan Akhirat. Jadilah kita tuan kepada dunia dan hamba pada Akhirat. InsyaAllah kita memperolehi kebaikan dunia dan Akhirat. Itulah yang kita cari!

No comments:
Post a Comment