Islam memandang tinggi soal ketelusan dalam
melaksanakan amanah lebih-lebih lagi yang melibatkan wang ringgit. Apatah lagi,
jika dana tersebut dikaitkan dengan pengurusan secara patuh shariah kerana 'harapan'
mereka cukup tinggi bertepatan dengan kedudukan Islam itu sendiri yang sempurna
dan menyempurnakan.
Hikmahnya agar tidak timbul salah faham dan
perbalahan di kemudian hari. Sebab itu, melantik 'orang politik' sebagai antara
pemegang amanah sesebuah, agensi, pertubuhan atau
yayasan yang menjaga dan mengurus khazanah rakyat merupakan satu tindakan yang
cukup berisiko.
Kisah YaPEIM perlu diambil iktibar agar 'satu
kelompok' tidak menerima tempias yang sama terutama dari sudut persepsi dan
keyakinan masyarakat untuk terus berinfaq kepada ummah. Dan, apa yang lebih
penting adalah memperbaiki mana-mana kelemahan yang sedia ada agar 'risiko
fitnah' cukup minimum pada masa akan datang.
Justeru, pengukuhan "corporate
governance" antara langkah yang perlu diambil sebagai mitigasi.
Ini juga penting untuk memastikan 'kredibiliti'
institusi Islam terus kekal dikalangan musuh-musuh Islam dan kalangan munafik
yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan Islam secara 'well
structured'.
No comments:
Post a Comment