Merujuk kepada kenyataan
media Akmal Nasir (Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW)
merangkap Ketua Cabang Keadilan Johor Bharu) pada 13 November 2015. Sesungguhnya
dakwaan yang mengatakan saya menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang
diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke
luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat membeli belah adalah
satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang (misleading) daripada fakta
sebenar.
Kunjungan saya selaku
Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 – 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi
jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah seliaan saya
terutamanya YaPEIM dengan kerjasama Kedutan Malaysia di Amerika Syarikat dan
Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih
1000 orang pelajar daripada Amerika Syarikat dan Kanada.
Melalui strategi
penganjuran bersama secara "Strategi Lautan Biru" khususnya yang
melibatkan peserta Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) tajaan
YaPEIM dan beberapa kumpulan sasaran lain yang berada di seluruh Amerika
Syarikat dan Kanada, beberapa program besar telah diatur dan dilaksanakan.
Program-program tersebut
melibatkan kursus kepada pelajar yang memfokuskan aspek motivasi Kenegaraan dan
Keusahawanan; Simposium Perdana Perkahwinan Kekeluargaan, Pengurusan dan
Isu-isu Semasa Negara; Kursus Pra Perkahwinan bagi membantu pelajar-pelajar memenuhi
syarat perkahwinan JAWI; Kelas Pengajian untuk isteri-isteri dan Kakitangan
Wanita Kedutaan; menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tidak
berkemampuan dan pertemuan bersama usahawan-usahawan Malaysia. Program dan
pertemuan ini melibatkan pelbagai kumpulan sasaran yang diadakan di
Indianapolis dan Washington DC, Amerika Syarikat.
Bersempena dengan perasmian
Mid West Game di Amerika Syarikat itu juga, beberapa acara sukan telah
dianjurkan oleh Education Malaysia (EM) di Indianapolis termasuklah acara golf
yang dikelolakan secara bersama dengan pihak Kedutaan Malaysia AS di Washington
yang saya turut terlibat bersama TYT Duta dan kakitangan kedutaan.
Justeru dakwaan kononnya
program saya di AS lebih bersifat bersuka-ria menggunakan dana anak yatim
adalah satu fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan
maruah saya selaku Menteri di Jabaran Perdana Menteri. Adalah tidak adil hanya
mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan
program melibatkan saya.
Adalah menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab saya selaku Menteri di JPM bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya. Segala perjalanan dan kegiatan rasmi saya ditanggung oleh agensi berkenaan mengikut polisi dan tatacara kewangan agensi berkaitan.
Adalah menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab saya selaku Menteri di JPM bagi memenuhi jemputan rasmi kedutaan apatah lagi program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah tanggungjawab saya. Segala perjalanan dan kegiatan rasmi saya ditanggung oleh agensi berkenaan mengikut polisi dan tatacara kewangan agensi berkaitan.
Tiada apa yang perlu
disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan.
Saya sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana
pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujudnya salah laku yang
melibatkan diri saya atau agensi di bawah seliaan saya.
Dengan ini, saya menuntut
Akmal Nasir, Pengarah NOW dan The Malaysian Insider menarik balik segala
dakwaan dan fitnah jahat yang dibuat serta memohon maaf secara terbuka dalam
tempoh 24 jam. Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu
melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar telah menjatuhkan maruah
dan kredibiliti saya.
No comments:
Post a Comment