Pages

Wednesday, February 19, 2014

Kelangsungan 1MDB

1MDB; Ke mana hala tuju selepas 5 tahun penubuhannya dalam keadaan jumlah hutangnya yang makin 'membukit' dan ketidakupayaan untuk 'stand-alone' tanpa kontrak kerajaan? Apakah penubuhannya sekadar sebagai 'special purpose vehicle' (spv) untuk tujuan 'fund mobilisation and utilisation' yang dimiliki kerajaan (yang sebenarnya milik rakyat) bagi "tujuan-tujuan tertentu"?

Pada saya, pihak kerajaan pe...rlu 'revisit' kedudukan dan asal penubuhan 1MDB ini kerana tidak begitu signifikan hanya menambah bebanan kos operasi institusi yang sewajarnya boleh dimobilisasi untuk tujuan-tujuan yang lebih efektif pada saat keadaan ekonomi dan hutang negara yang berada pada paras yang "tidak begitu selesa".

Semoga setiap sen dana rakyat ditadbir urus dan dimanafaatkan dengan sebaik mungkin. Bukan sekadar dimobilasi secara berstruktur atas nama pelbagai projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat, yang sebaliknya hanya untuk kepentingan dua, tiga kerat pihak-pihak tertentu.

Akhirnya, rakyat kebanyakan tiada pilihan terpaksa menanggung bebanan kenaikan kos sara hidup sabun tahun, yang pada hakikatnya boleh diminimakan sekiranya yang mengisi peringkat kepimpinan dan perlaksanaan dalam kerajaan adalah dikalangan mereka yang jujur dan amanah melaksanakan tanggungjawab mereka.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host