Hati
adalah raja kepada kehidupan, yang akan menentukan corak dan perjalanan
seluruh agenda kehidupan seseorang insan di dunia ini dan di Akhirat
kelak.
Hati yang baik akan mencerna amalan yang baik kepada seluruh anggota badan baik ketika bersendirian mahupun berteman. Ini kerana, sandarannya hanyalah kepada ALLAH SWT, walaupun pada saat insan-insan lain di sekelilingnya tidak senada dan sealiran dengannya.
Hati yang baik, tercerna daripada makanan ruhani dan jasmani yang baik. Makanan ruhani tidak seperti makanan jasmani yang dapat dilihat, dipegang dan dirasai. Hanya hati yang benar-benar tunduk dan tawadhuk kepada Maha Pencipta-nya saja yang akan merasai nikmat kekayangan.
Hati yang tidak kelaparan, akan sentiasa mendorong askar-askarnya, iaitu anggota badan yang lain untuk sentiasa beramal dan bertindak dengan penuh ketaatan dan ketakwaan kepada ALLAH SWT. Walaupun, insan-insan di sekeliling tidak seia sekata dengannya.
Antara makanan ruhani adalah sentuhan ibrah kehidupan yang mampu mencetus rasa keinsafan kepadanya, agar tidak lagi mengulangi kesilapan dan dosa yang sama. Bahkan, akan berusaha dengan lebih itqan, agar hasil kehidupannya lebih baik daripada hari-hari yang sebelumnya.
Hati yang insaf adalah hati yang akan tersentuh pada setiap kali ianya dibaca dan dihayati. Sebagaimana keindahan bait-bait al-Qura’n, yang begitu sarat dengan pelbagai nukilan, teladan dan hikmah, telah mengetuk pintu keinsafan Saidina Umar al-Khattab ra untuk menerima kebenaran Islam. Walaupun, dulunya beliau peribadi begitu keras terhadap Rasulullah saw dan Islam.

No comments:
Post a Comment