Pages

Sunday, September 1, 2013

Tanggisan Orang Yang Zalim - Abdul Hadi Jusoh

Ibrah kisah Nabi Yusuf as. Apabila tanggisan 11 adik-beradiknya yang zalim itu di hadapan ayahanda mereka Nabi Yaakub as, hanyalah merupakan lakonan semata-mata untuk menimbulkan keyakinan bahawa Nabi Yusuf as benar-benar dimakan oleh serigala akibat kelapaan mereka yang tidak disengajakan.

Tanggisan palsu mereka juga diiringi dengan bukti darah kambing yang dicurahkan ke baju Nabi Yusuf as, dengan harapan Nabi Yaakub akan menerima hakikat bahawa Nabi Yusuf as memang dimakan serigala. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

“Mereka datang membawa baju gamisnya (yang berlumuran) dengan darah palsu” (Surah Yusuf:18)

Namun, sudah hukum dan ketetapan perancangan orang yang zalim, bahawa perancangan ALLAH SWT mengatasi perancangan mereka. Di mana, mereka terlupa untuk mengoyakkan baju yang berlumuran darah itu, yang telah menjadi bukti yang boleh meragukan. Mana mungkin, seseorang yang dimakan oleh serigala, bajunya langsung tidak sedikitpun ada kesan robekan.

Itulah kehidupan orang yang zalim, mereka kan sentisa bergelumang dengan pelbagai kepalsuan yang menjadi senjata dan tunjang kehidupan mereka di dunia.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host