Pages

Saturday, August 31, 2013

Merdeka, Perpaduan & Penyatuan - Abdul Hadi Jusoh

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Pengiktirafan dan ‘ghonimah’ tidak akan berupaya dijadikan pasak kepada penyatuan dan perpaduan umat, jika tidak terlebih dahulu didasari dengan keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH SWT. Jika diteruskan juga, ia akan menjadi penyebab kepada fitnah dan pertelagahan sesama sendiri yang akhirnya akan meruntuhkan soladariti umat dan agama secara jangka panjangnya.

Penyatuan dan perpaduan jasmani, perlu bermula dengan penyatuan dan perpaduan hati terlebih dahulu. Barulah, ia akan menjadi penyebab kepada keterikatan yang berpanjangan, walaupun tercampak ke dalam apa jua situasi sekalipun. Baik ketika zaman mewah, mahupun ketika diuji dengan saat-saat kepayahan. Ukhuwah Islami itu akan tetap hadir dan dipertahankan sampai bila-bila.

Moga penyatuan dan perpaduan umat Islam akan makin mendasari segala usaha gerakan dakwah, politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Ini kerana, hanya secara ‘jamai’’ sahaja Islam akan terus kembali gemilang.

Ya ALLAH! Jernihkanlah hati-hati kami untuk bersatu dan berpadu sesama kami hanya kerana-Mu. Bukan semata-mata kerana mahu menyuburkan ‘personal interest’ secara fardhi yang jauh mendasari hati-hati kami.

Ya ALLAH! Jernihkanlah hati-hati kami daripada sebarang ‘personal interest’ secara fardhi tatkala kami memutuskan untuk menggerakan amal jamai’ dalam meninggikan syiar agama-Mu. Kerana kami sedar, kelak ia akan menjadi penyebab kepada ‘futurnya’ semangat kami dan penyubur kepada pertelingkahan sesama kami, andaikata kami yang dihajati tidak kesampaian.

Ya ALLAH! Dasarilah hati-hati kami dengan pasak keikhlasan yang sebenar-benarnya hanya kerana-Mu, tatkala kami beramal jamai’ untuk menegakkan yang hak dan menempis segala yang batil.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


 * Untuk paparan iklan hubungi : 017-2002517 / 019-2391201

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host