Pages

Saturday, April 30, 2011

Wadiah - Penggunaan Harta Yang Dijaga

Para fuqaha' secara sepakat, bahawa mereka yang diberikan amanah untuk menjaga harta bagi pihak seseorang tidak boleh menggunakannya tanpa kebenaran daripada pemilik

Jaminan perlu diberikan oleh pemegang amanah sekiranya harta jagaan tersebut digunakan untuk sebarang tujuan. Sungguhpun, harta tersebut telah digunakan tanpa kebenaran daripada pemilik.

Para fuqaha' berselisih pandangan dalam situasi keuntungan yang diperolehi hasil daripada penggunaan harta tersebut dalam aktiviti perniagaan.
  • Malik, al-Layth dan Abu Yusuf - keuntungan yang diperolehi adalah hak pemegang amanah
  • Abu Hanifah, Zufar dan Muhammad - keuntungan yang diperolehi perlu didermakan.
Para fuqaha' berselisih pandagan tentang penggunaan harta yang diamanahkan untuk tujuan perniagaan dan pelaburan. 

Dalam konteks perbankan Islam pada hari ini, pihak pelanggan perlu memberikan kebenaran untuk membolehkan pihak bank menggunakan wang yang didepositkan untuk tujuan pelaburan. Pihak bank bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang kerugian yang berlaku dan berhak memberikan sebahagian tertentu daripada keuntungan yang diperolehi kepada pihak pelanggan sebagai hibah (hadiah).

Begitu juga, pihak bank perlu menggembalikan wang tersebut bila-bila masa jika diminta oleh pihak pelanggan. Namun, ianya bukan satu masalah besar kepada institusi perbankan Islam pada hari ini, kerana mereka biasanya mempunyai jumlah kecairan yang cukup untuk melaksanakan tuntutan pihak pelanggan pada bila-bila masa.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host