InsyaAllah, Daya Fikir akan menganjurkan forum meja bulat untuk memahami dan mendalami hakikat dan realiti ekonomi kerajaan Sulu yang berkepadatan penduduk sekitar 2 juta orang.
Jarang sekali kita mendapat maklumat yang terperinci tentangnya, dan barangkali ada sesuatu yang istimewa di sebalik terpulau yang dikatakan agak kecil dan terpencil.
Setakat saya maklum secara lisan, perkembangan ekonomi kerajaan Sulu disekat secara langsung oleh kerajaan Filipina.Tidak banyak yang boleh dilakukan oleh penduduk tempatan, yang sebahagian besarnya adalah Muslim.
Dikatakan, kerajaan Sulu mempunyai potensi dari sudut pelancongan yang boleh dimanafaatkan secara tidak langsung untuk membantu umat Islam di kerajaan Sulu. Misi inilah yang akan diketengahkan oleh salah sebuah NGO Islam yang akan melaksanakan misi kemanusiaan ke sana.
Kita iringi pemergian mereka dengan doa agar segala-galanya sentiasa terpelihara dlm rahmat ALLAH SWT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment