Pages

Monday, March 4, 2013

Margin Keuntungan Dalam Islam


Segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam yang telah memberikan nikmat kehidupan kepada kita sehingga ke saat ini. Selawat dan salam kepada nabi junjungan Muhammad saw yang telah mewariskan nikmat iman dan Islam yang tidak ternilai kepada seluruh umat manusia, sehingga kita merasa aman dan sejahtera dengannya. Percayalah, tidak ada aturan kehidupan sebaik dan sesempurna Islam, walaupun bulan dan bintang dijadikan galang-ganti agar meninggalkannya.
            Islam itu indah dan banyak kebaikannya, jika ia benar-benar dihayati dan diamalkan dengan penuh ikhlas, semata-mata untuk mendapatkan ‘mardhatillah’ (keredhaan ALLAH SWT). Bukannya dijadikan ‘topeng’ untuk mendapatkan pengiktirafan dan penghargaan manusia yang berupa habuan pangkat, kedudukan dan wang ringgit. Yang akhirnya, menjadi punca kepada banyak pertelingkahan dan permusuhan sesama sendiri.
Pedoman dan aturannya begitu lengkap mencakupi seluruh percaturan kehidupan. Dengan tujuan, untuk menyediakan kehidupan yang terbaik dua dimensi, iaitu di dunia dan di akhirat. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
“Telah sempurna kalimat Tuhanmu (al-Qur’an), sebagai kalimah yang benar dan adil” (Surah al-an’am:115)
            Dengan izin-Nya, pada tulisan kali ini kita ingin melihat bagaimana pedoman dan aturan Islam bersabit keuntungan dalam perniagaan, yang menjadi antara motif utama apabila seseorang terlibat dalam sesebuah perniagaan.
            Asasnya, Islam mengiktiraf perniagaan sebagai sumber rezeki pilihan terbaik, iaitu 9/10 daripada sumber-sumber rezeki yang ada, dengan keuntungan sebagai habuannya. Untuk itu, Islam menetapkan beberapa kaedah untuk mencipta keuntungan, iaitu:
1. Murabahah – penjualan melebihi harga kos
2. Mudharabah – perkongsian untung
3. Musharakah – perkongsian untung dan rugi
4. Wakalah – perwakilan
5. Ijarah - Sewaan
Lantaran itu, timbul satu persoalan yang signifikan tentang apakah ‘kadar keuntungan secara kuantitatif’ yang telah ditetapkan oleh Islam; kadar maksimum dan minimum. Secara asasnya, Islam memberikan ruang kebebasan kepada 'ahlinya' yakni mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan untuk menentukan kadarnya. Agar, semua pihak yang terlibat dalam transaksi perniagaan tersebut mendapat hak dan keadilan masing-masing.
Namun, perlu difahami bahawa fleksibiliti yang dianjurkan oleh Islam ada kemuncaknya yang tersendiri dan tidak sesekali meletakkan ‘sky is the limit” . Juga, tidak mengiktirafkan pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’. Pendek kata, seseorang peniaga boleh mempraktikkan apa jua pendekatan untuk mendapatkan kadar keuntungan yang diinginkannya, tetapi tidak boleh sesekali menyanggahi tuntutan dan larangan ALLAH SWT yang telah termaktub dalam al-Qur’an dan sunnah Rasulullah saw.
Sebab itu dalam soal keuntungan ini, Islam hanya memberikan panduan secara kualitatif kepada setiap peniaga untuk menentukan kadar keuntungan sesuatu barang atau perkhidmatan yang dijualnya dalam pasaran secara kuantitatif.
Pertama, margin keuntungan yang ditetapkan mestilah berdasarkan kepada ketelusan, yakni selepas mengambil kira kos-kos yang terlibat secara munasabah. Juga, iainya mencerminkan sepadan dengan kualiti barangan dan perkhidmatan yang dijual. Banyak berlaku pada hari ini, dimana peniaga secara terselindung berdalih dengan pembeli (ketika dalam proses tawar menawar) mengatakan bahawa kosnya terlalu tinggi untuk dijual pada harga yang lebih murah. Sedangkan kos sebenarnya jauh lebih murah daripada apa yang diperkatakan. Namun, atas dasar mahu mengekalkan margin keuntungan yang tinggi, seseorang peniaga sanggup menyembunyikan kebenaran yang sebenar, terutamanya dari segi kualiti. Akibatnya, barangan dan perkhidmatan yang dijual di pasaran menjadi terlalu mahal harganya dan tidak sepadan dengan kualitinya.
Ini jelas bertentangan dengan ketetapan ALLAH SWT dan mencapah daripada misi besar para nabi dan rasul sebagai pembawa risalah kebenaran kepada umat manusia seluruhnya. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Kami datang kepadamu membawa kebenaran dan sesunggunya kami adalah orang yang benar" (al-Hijr, ayat 64)
Kedua, biarlah margin keuntungan yang ditetapkan itu mengandungi unsur amanah, sebagai khalifah yang diciptakan telah oleh ALLAH SWT untuk mentadbirurus dunia ini dan seisinya dengan sebaik mungkin.
Maka sebagai peniaga, kadar margin keuntungan yang ditetapkan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dijual perlulah menyumbang ke arah melancarkan perlaksanaan amanah kekhalifahan tersebut oleh semua pihak yang terlibat samada secara langsung dan tidak langsung.
Penetapan margin keuntungan yang terlalu tinggi, akan memberikan tekanan dari segi kewangan kepada masyarakat. Tekanan kewangan sebagaimana yang banyak berlaku pada hari ini, telah menyebabkan ramai yang terpaksa bertungkus-lumus bekerja siang dan malam untuk mencari ‘extra money’ bagi menampung kos barangan dan pekhidmatan asas kehidupan seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, akibat daripada kurangnya ihsan dalam diri peniaga untuk tidak terlalu mementingkan margin keuntungan. Keadaan yang terlalu sibuk mengejar ‘extra money’ dengan melakukan lebih daripada satu pekerjaan pada satu masa, akan menyebabkan hilangnya fokus dalam melaksanakan amanah kekhalifahan yang telah dipertanggungjawabkan.
Sebagai peniaga sebenarnya mereka menggalas amanah ALLAH SWT yang cukup besar untuk dilangsaikan kepada masyarakat, yang mesti dilaksanakan dengan penuh ‘itqan’ (sebaik mungkin). Ini kerana, ianya akan menjadi sumber ‘hisab’ (perhitungan) di Akhirat kelak. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu melaksanakan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila kamu menghukum dikalangan, maka hukumlah dengan adil"( Surah an-Nisa', ayat 58)
Ketiga, biarlah margin keuntungan yang ditetapkan mengandungi elemen keikhlasan diri terhadap ALLAH SWT, bukannya elemen ‘wang ringgit’ semata-mata. Kewujudannya amat penting sebagai penghapus rasa sombong dan tamak dalam diri, yang akhirnya akan membawa kepada kebaikan bersama.
Dengan ini, peniaga tidak akan keterlaluan dalam menetapkan margin keuntungan, yang boleh membawa kepada tindakan menzalimi mereka yang lemah. Mereka yang menyebabkan kesusahan dan kezaliman kepada orang lain, akan jauh daripada pandangan ALLAH SWT dan hilangnya ‘sakinah’ dalam kehidupan yang dilalui, walaupun secara zahirnya mereka dilihat begitu hebat dengan limpahan kekayaan wang ringgit. Ingatlah, bahawa tempat jatuhnya pandangan ALLAH SWT adalah pada hati yang bersih dan ikhlas terhadap-Nya. Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Maka celakalah orang yang solat, yakni yang lalai dalam solat mereka, (dan) yang riya' dan enggan (memberikan) bantuan." (Surah al-Maun: ayat 4-7)
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesungguhnya amalan bergantung pada niat. Dan, sesungguhnya setiap orang akan memiliki sesuatu yang bersesuian dengan niatnya. Maka, sesiapa yang berhijran kerana ALLAH dan rasul, dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia, dan sesiapa yang berhijrah kerana wanita untuk dinikahi. Maka, hijrah mereka apa yang mereka niatkan"
Seterusnya, margin keuntungan yang ditetapkan perlulah menjadi penyebab kepada pengukuhan tautan ukhuwah Islami, bukannya penyebab pemisah. Juga, sebagai tembok yang memisahkan kelompok peniaga dengan masyarakat. Sehingga kedua-duanya saling membenci serta berdendam antara satu sama lain, yang mendorong kepada tindakan di luar tabi' seperti mencuri, merompak dan membunuh saudara seagama. Sehinggakan, masing-masing merasa diri terancam dan tidak selamat.
Tanpa ukhuwah, masyarakat akan leka dengan keseronokan dan keakuan diri. Nasib dan kesusahan orang lain tidak akan lagi dipedulikan, walaupun jiran bersebelahan rumah. Sedangkan ukhuwah antara tindakan paling awal selepas penghijrahan Rasullah dan para sahabat ke Madinah, apabila mengambil langkah ulung mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar. Ikatan persaudaraan tersebut telah meningkatkan semangat pengorbanan dan bertolongan sesama mereka, yang akhirnya melahirkan sebuah masyarakat madani Madinah yang aman damai.
Ukhuwah adalah antara asas kepada matlamat kejadian manusia yang diwarnai dengan kepelbagaian bangsa dan jantina sebagaimana firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Wahai manusia, Kami jadikan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali antara satu sama lain" (Surah al-Hujurat, ayat ke-13)
Diterangkan juga dengan panjang lebar dalam satu hadith baginda Rasulullah saw berkenaan dengan ukhuwah dan hak-hak yang perlu dilaksanakan:
"Jangan dengki pada orang lain, jangan merosak (harga) orang lain untuk menaikkan harga, jangan merosak hubungan kekeluargaan, jangan bertransaksi ketika orang bertransaksi dan jadilah bagi yang lain. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak menekan, tidak mengaibkan dan tidak pula menghinakannya. Di sinilah kesolehan, sambil Rasulullah menunjuk-nunjuk tiga kali ke dada. Bantulah baik dia menganiyai mahupun teraniya. Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Aku tahu bahawa aku akan membantunya ketika dia dianiyai, tetapi bagaimana aku membantunya jika dia menganiyai? Jawab Rasulullah, "Hendaklah kamu melindunginya daripada melakukan perkara tersebut, itulah cara membantunya"
Kualitatif yang kelima adalah, margin keuntungan yang ditetapkan perlulah berasaskan kepada ilmu dan kajian yang mendalam tentang barang itu sendiri, pasaran dan keperluan semasa. Bukannya berdasarkan spekulasi dan sifat tamak yang terluat dalam diri.
Ilmu dan kajian yang dilaksanakan mestilah dihubungan dengan ketakwaan terhadap ALLAH SWT. Barulah hasil ilmuan dan kajian itu adalah sesuatu yang hebat, dan apa yang lebih penting dapat memberikan kebaikan dan manafaat kepada sebahagian umat manusia.
Untuk itu, ilmu dan kajian perlu dihubungkan dengan nilai ketakwaan, kekuatan akal sendirian tidak akan mampu menelaah sesuatu yang bukan bersifat zahiri. Hanya dengan hidayat ALLAH SWT yang mampu mencetuskan ilham dan petunjuk kepada manusia tentang perkara-perkara yang tidak bersifat zahiri ini. Dan, hidayat ini hanya akan dapat diperolehi dengan jalan ketakwaan terhadap-Nya dan tidak boleh diwarisi serta ditukar ganti dengan nilai wang ringgit.
Martabat orang yang mencari ilmu cukup tinggi di sisi ALLAH SWT, sebagaimana disebut dalam satu Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Darda yang bermaksud:
"Sesiapa yang melangkah di jalan ilmu, maka ALLAH SWT melapangkan jalannya ke Syurga"
Kualitatif yang terakhir sekali ialah keadilan. Dalam Islam, keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya dan memberikan kepada yang berhak menerimanya.
Justeru, margin keuntungan yang ditetapkan terutama barang yang bersifat 'dhururiyyat’ (asas) dan 'hajiyyat' (keperluan), perlulah mencerminkan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira status dan kedudukan. Harga barang yang terlalu mahal hanya akan menyebabkan golongan yang tidak berkemampuan hidup dalam keadaan serba kekurangan, sehingga tidak mampu untuk memenuhi kebutuhan hidup yang paling asas iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Jika dilihat di bandar-bandar besar, mereka yang hidup merempat tanpa makan-minum dan pakaian yang sempurna makin melata. Sebahagiannya terpaksa bergantung harap kepada ihsan orang ramai. Sehingga ada yang sanggup berhujan panas bersama anak-anak kecil meraih simpati di kaki-kaki lima dan rumah-rumah ALLAH.
Sebagai natijahnya, setiap peniaga bebas menetapkan kadar margin keuntungan mereka asalkan sentiasa ‘istiqamah’ dalam kerangaka kebenaran, amanah, keikhlasan, ukhuwah, ilmu dan keadilan. Semoga apa jua peranan yang kita laksanakan akan diiktiraf sebagai amal solehnya yang berhak mendapat ganjaran syurga-Nya di akhirat kelak, yang terlalu mahal harganya.

4 comments:

  1. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:0852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya KLIK-> BOCORAN TOTO 2D 3D 4D 5D 6D

    ReplyDelete
  2. Toto??2D,4D,5D...??Admin delete komen toto diatas. Tak baik

    ReplyDelete
  3. Toto??2D,4D,5D...??Admin delete komen toto diatas. Tak baik

    ReplyDelete
  4. Toto??2D,4D,5D...??Admin delete komen toto diatas. Tak baik

    ReplyDelete

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host