Pages

Wednesday, December 28, 2011

Risiko & Pengurusan Risiko

Secara umum, wujudnya risiko dalam kehidupan kerana sifat semulajadi kehidupan yang memerlukan setiap manusia membuat pilihan dan keputusan terhadap sesuatu  perkara yang masih belum pasti hasilnya.
Risiko ditakrifkan seperti berikut:
  • Ketidaktentuan ataupun ketidakpastian hasil sesuatu perkara pada masa akan datang yang akan menyebabkan kerugian, sekira ianya benar – benar berlaku.
  • Kemungkinan atau bahaya kerugian ATAU kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian. (Kamus Dewan).
  • Kemungkinan kerugian, kemalangan, kelemahan dan keruntuhan (Simmons, 1998)  
Konsep risiko sebenarnya bersifat kuantitatif dan kualitatif serta boleh dipengaruhi oleh pengalaman, prejudis dan politik (Simmons, 1998). Sesuatu yang baru biasanya mengundang risiko. Begitu juga kurangnya pengalaman juga adalah sebahagian dari risiko.

Contoh – contoh risiko yang wujud dalam kehidupan seharian adalah seperti di bawah:
  • Rumah – berdepan dengan risiko kebakaran, kecurian, tanah runtuh dll.
  • Kereta – berdepan dengan risiko kemalangan, kecurian, banjir dll.
  • Manusia – berdepan dengan risiko kematian mengejut, sakit, bencana alam dll.
  • Bank – berdepan dengan risiko hutang, risiko operasi, risiko tukaran wang asing dll
Antara jenis - jenis risiko yang ditanggung oleh sesebuah organisasi secara umumnya:
  • Risiko hutang (kredit) – Ketidakboleh bayaran / hutang tidak berbayar.
  • Risiko pasaran – Kejatuhan harga dalam pasaran.
  • Risiko operasi – Kesilapan manusia, teknologi, sistem dan operasi.
  • Risiko tukaran wang – Turun naik kadar tukaran wang.
  • Risiko politik – Ketidakstabilan suasana politik.
Terdapat dua sifat risiko sebagaimana berikut:


Risiko Tulen
Risiko Spekulatif

Risiko yang disebabkan oleh sesuatu yang di luar kawalan manusia seperti kebakaran, bencana alam, kematian dll.
Risiko yang disebabkan oleh sesuatu yang di dalam kawalan manusia seperti turun naik harga dalam pasaran.
Ia menyebabkan kerugian ataupun tiada sebarang kerugian (sekiranya risiko tidak benar – benar berlaku)
Ia menyebabkan kerugian, keuntungan (sekiranya risiko yang dijangkakan berlaku sebaliknya) ataupun tiada sebarang kerugian (sekiranya risiko tidak benar – benar berlaku).


Tiada pilihan, terpaksa berdepan dengan risiko ini.
Ada pilihan samada mahu berdepan dengan risiko ini ataupun mahu mengelak.
Kaedah insuran digunakan untuk mengurus risiko ini.
Kaedah produk derivative digunakan untuk mengurus risiko produk ini.


Sekiranya sesuatu risiko benar – benar berlaku, ia akan menyebabkan kerugian. Justeru, pengurusan risiko diperlukan agar kesan kerugian dapat dielak, diminimakan dan diawasi.
Pengurusan risiko dapat ditakrifkan seperti berikut:
  • Pengurusan secara menyeluruh dan proaktif dalam sesuatu aktiviti yang berkemungkinan akan menemui kegagalan (Simmons, 1998).
  • Proses menganalisis risiko untuk membuat keputusan bagi mencapai objektif sesuatu projek dengan menerima sebahagian daripada risiko yang terlibat (Powell & Klien 1996)
  • Proses yang melibatkan mengenalpasti/menjangka, mengukur/menganalisis, memantau, melapor dan mengawal sesuatu risiko agar kesan kerugian dapat dielak, diminimakan dan diawasi.
Dalam pengurusan risiko, ia memerlukan polisi, metodologi (kaedah) dan strategi untuk mengenalpasti/menjangka, mengukur/manganalisis, memantau, melapor dan mengawal sesuatu risiko yang terlibat. Sungguhpun ianya mestilah disesuaikan dengan persekitaran, kemampuan dan kekangan yang wujud.
Proses pengurusan risiko melibatkan:
  1. mengenalpasti/menjangka
  2. mengukur/manganalisis
  3. memantau
  4. melapor
  5. mengawal
Risiko tidak boleh dihapuskan. Ianya hanya boleh diminimakan (dikurangkan), dioptimakan, dielakkan dan dipindahkan.
Antara sikap dan tindakan individu apabila berdepan dengan risiko:
  1. Mengelak / Mencegah – contoh : untuk mengelak / mencegah rumah daripada kebakaran, pemilik akan memasang alam pemadam api terutama di sudut yang dianggap lebih berisiko seperti di dapur.
  2. Menjangka – contoh : untuk berdepan dengan sebarang kerugian yang tidak dijangka pada masa akan datang, seseorang boleh mula menyimpan seawal usia.
  3. Menyebar – contoh : untuk meminimakan kesan barangan kaca yang dihantar kepada pelanggan pecah, ia diletakkan di dalam beberapa kotak yang berasingan.
  4. Memindah – contoh : untuk mengurangkan kesan kerugian sekiranya sesebuah kereta terlibat dalam kemalangan, maka risiko kerugian tersebut dipindahkan dengan membeli polisi insuran / takaful.

1 comment:

  1. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:0852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya KLIK-> BOCORAN TOTO 2D 3D 4D 5D 6D

    ReplyDelete

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host