Pages

Saturday, April 16, 2011

Pinjaman Bersindiket

Mungkin masyarakat khalayak hari ini jarang mendengar istilah pinjaman bersindiket dalam dunia perbankan. Ia biasanya melibatkan jumlah pinjaman yang besar oleh syarikat-syarikat gergasi untuk melaksanakan projek-projek mega tertentu.

Dalam hal ini, satu bank akan menggepalai beberapa buah bank yang lain untuk menyediakan sejumlah pinjaman yang dipohon oleh syarikat tertentu.

Merujuk kepada perkembangan terkini, sebanyak RM1.33 bil pinjaman bersindiket telah dipohon oleh syarikat pengeluar pertama kereta nasional Proton Holdings Berhad (PROTON). Mengikut Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohamad Tahir, kemudahan kredit tersebut akan digunakan untuk membiyai aktiviti pembangunan dan penambahbaikan model Lotus serta menaiktaraf kemudahan pengeluarannya di Norfolk, Norwich United Kingdom (UK).

Transaksi pembiyaan ini dikepalai oleh CIMB berserta enam bank yang lain iaitu:
  • Maybank
  • OCBC Bank
  • Exim Bank
  • Affin Bank
  • Eon Bank
Dalam perbankan Islam, pinjaman bersindiket seperti ini dapat dilaksanakan melalui prinsip Mudharabah, iaitu prinsip perkongsian untung. Dimana pihak - pihak institusi kewangan dianggap sebagai penyedia modal dan pihak firma peniagaan akan bertindak sebagai pengusaha.

Berdasarkan prinsip ini, pihak bank akan menanggung segala kerugian yang disebabkan oleh pergerakan biasa pasaran, bukannya berpunca daripada salah laku ataupun kecuaian pihak pengusaha. Manakala, keuntungan akan diagihkan berdasarkan peratusan tertentu yang telah dipersetujui bersama.

Daripada aspek pengurusan, ia akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak pengusaha. Namun, pihak-pihak institusi kewangan turut diberikan akses secara keseluruhan terhadap pengurusan projek yang dibiyainya untuk memastikan ketelusan perjalanan projek tersebut.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host