Dalam 2,3 minggu lepas, secara kebetulan saya ditanya oleh seorang remisier berbangsa Cina samada saya berminat untuk take up IPO Astro yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 19 Oktober ini, dengan harga tawaran RM 3 sesaham.
Hujahnya dengan penuh yakin, IPO Astro akan menguntungkan, alasannya 'strong business fundamental'. Katanya, harga sasaran boleh cecah sampai RM 3.60-RM 3.70. Kalau you beli 10,000 saham, senang-senang dapat untung empat lima ribu.
Saya biarkan dia berhujah dengan panjang lebar, sementara menunggu lift berhenti di floor saya. Sebaik sahaja pintu lift terbuka, dan kaki saya mula melangkah keluar, saya kata padanya dengan nada yang ringkas, 'bos, saya tak boleh beli, IPO Astro termasuk dalam non-shariah compliant stock. Dia terus terdiam, tapi tak pasti sebagai tanda setuju or protes.
Abdul Hadi Jusoh
Founder, Daya Fikir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment