Pages

Monday, April 11, 2011

Bai al-Wafa

Bai' al-wafa merujuk kepada jual beli yang memberi hak kepada penjual untuk menebus semula barangan yang dijual dengan persetujuan pembeli. Mazhab Maliki menamakan transaski al-wafa ini sebagai 'tsyaniya' dan mazhab Syafi' sebagai 'ahdah. Manakala, Mazhab Maliki pula menamakan jual beli amanah.

Dalam seksyen 118, 'Majalah al-Ahkam al-'Adliyyah' mendefinisikan bai' al-wafa ini sebagai jualan bersyarat, yang mana apabila penjual menggembalikan harga barang yang telah dijual. Maka, pembeli turut menggembalikan barang tersebut.
Dari segi hukum, terdapat beberapa argumentasi seperti berikut:
  • Bagi Mazhab Maliki dan Hanbali serta ulama' mutaqadimin daripada kalangan Hanafi dan Syafi' menyatakan jual beli al-wafa tidak sah kerana wujud syarat di mana pembeli mesti mengembalikan barangan yang dibeli, jika penjual membayar semula wang yang dibayar sebelum ini. Pandangan mereka, ia bertentangan dengan tujuan jual beli yang memberikan hak kepada pembeli untuk memiliki barangan yang dibeli secara kekal.
  • Bagi ulama' mutaakhirin daripada kalangan Hanafi dan Syafi' membenarkan transaksi al-wafa ini. Argumentasi mereka, kerana ia bersesuaian dengan sebahagian hukum jual beli, iaitu pembeli dapat memanafaatkan banrangan yang dibeli serta dapat memenuhi keperluan dan menghindari daripada riba. 
  • Sebahagian ulama' Hanafi, bahawa transaksi al-wafa ini mirip gadaian (ar-rahnu) dan bukan jual beli. Justeru, harus menerima pakai hukum gadaian. Bagi mereka, yang dijadikan pegangan dalam transaksi-transaksi adalah maknanya, bukan lafaz dan bentuknya.
Antara aspek-aspek dalam bai' al-wafa adalah seperti berikut:
  • Penjual dan pembeli berhak menamatkan kontrak pada bila-bila masa sahaja.
  • Pembeli berhak menggunakan barang yang dibeli
  • Pembeli perlu bertanggungjawab sekiranya barang yang dibeli rosak akibat daripada kecuaian dan salah lakunya
  • Pembeli tidak boleh memindahkan hak milik atau menjual kepada pihak ketiga. Namun, Hanafi membolehkan ianya dipindah milik asalkan ada ruang untuk didapatkan kembali.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host