Pages

Thursday, March 31, 2011

Bai' Muzayadah

Bai' muzayadah atau juga dipanggil sebagai jual beli secara lelong (auction). Dalam transaksi ini, barang lelongan akan dijual kepada pembeli yang dapat menawarkan harga yang paling tinggi.

Majoriti ulama' sepakat yang bai' muzayadah adalah dibenarkan dari segi hukum. Namun, bagi an-Nakhai' transaksi ini adalah makruh hukumnya. Begitu juga dengan al-Hasan al-Basari, ibn Sirin dan al-Auzai' berpandangan ianya juga makruh kecuali lelongan harta rampasan perang dan harta pusaka.

Dalam satu Hadis yang diriwayatkan oleh abu Najih daripada Mujahid dimana Rasulullah SAW bersabda:

"Seseorang boleh melakukan jual beli secara lelongan. Dengan cara demikianlah seperlima harta rampasan perang dapat dijual"

Justifikasinya juga mengambil kira amalan dikalangan para sahabat atau disebut juga sebagai 'athar' sebagai sokongan kepada bai' muzayadah ini. Antaranya:
  • Tulisan Imam Bukhari ada menyatakan bahawa bai'muzayadah digunakan dalam lelongan harta rampasan perang.
  • Mengikut apa yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, yang mana Rasulullah SAW pernah menjual karpet dan bekas air dengan kaedah bai' muzayadah.
Dalam konteks lelongan harta individu yang diistiharkan muflis, ia merupakan sesuatu yang baik pada pandangan 'Hanabilah' kerana ia memberikan ruang untuk harta tersebut dijual pada harga yang lebih tinggi. Ini sedikit sebanyak dapat memberikan ketenangan hati kepada individu terbabit kerana nilai bebanan hutang dapat dikurangkan. Bebanan hutang adalah antara penyebab hilangnya ketenangan hidup.

Namun satu perkara yang perlu dihindari, iaitu lelongan yang bercampur baur dengan bidaan palsu, semata-mata untuk menaikan harga barang lelongan tersebut. Situasi ini menjurus ke arah wujudnya elemen penipuan dalam transaksi. Sekiranya ia jelas berlaku, transaksi tersebut dianggap tidak sah dari segi hukum. Wallahu'alam... 

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host