Sejak keuzuran ayahanda muktakhir ini, saya makin kerap berulang alik ke kampung halaman di Pasir Mas, samada berkenderaan sendiri, dan kadang-kadang menumpang kasih dengan public transport.
Kerap berada di kampung halaman, memberi ruang kpd saya untuk berinteraksi dengan lebih ramai masyarakat, tidak seperti biasa.
Bermacam-macam kisah suka duka yang berupa luahan dapat dijadikan penganjaran bersama dalam menyusuri denai kehidupan yang pasti akan berpenghujung ini.
Antaranya, kisah kemiskinan desa yang makin tidak berpenghujung, tambah-tambah dalam iklim ekonomi yang makin tidak menentu.
Atas desakan kemiskinan, makin ramai yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial spt kerap ponteng sekolah, ketagih pil kuda dan ubat batuk, menghidu gam dan najis lembu, tegar dadah, mencuri, arak dan bermacam-macam lagi.
Percaya atau tidak, mereka yang mati akibat jangkitan aids juga makin berangka. Berita dari mulut ke mulut ttg kematian si polan yang dihidapi aids akan disusuli dengan kisah hitamnya terlibat dengan pelbagai gejala tidak bermoralnya sebelum ini, terutamanya dadah.
Bukan setakat yang bujang yang terkena aids, malah yang bertanggungjawabkan suamipun ada yang terjebak.
Keadaan ini, akan mengusarkan pewaris masa depan Negara. Kalau tidak pada golongan muda, pada siapa lagi perlu diwarisi kepimpinan hari ini? Yang emas usianya, pasti berlalu pergi.
Dalam hal ini, ungkapan Imam al-Ghazali boleh dijadikan iktibar dan pedoman pada kita semua, katanya, 'jika ingin melihat keadaan umat masa depan, lihatlah keadaan golongan muda-mudi hari ini'
Kaitan faktor kemiskinan tidak boleh dipandang sepi dalam hal ini. Ketidakupayaan menyediakan keperluan yang paling asas spt makanan, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan secara sempurna menjadi antara faktor penolak yang membuka ruang kpd pelbagai kegiatan jenayah.
Rasulullah SAW pernah mengingatkan kita bahawa ada ruang untuk kemiskinan menjadi penyebab kpd kekufuran. Ia akan bermula dengan gelap pandangan yang seterusnya membutakan hati untuk menerima apa saja asalkan terubat rasa ketidakcukupan, hilangnya rasa keluh-kesah dan lenyapnya penderitaan yang selama ini tertanggung.
Untuk itu, saya merasa agak gusar apabila melihat susur galur bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada hari jumaat yang lalu. Saya dapati, tidak ada langkah yang spesifik dan drastik untuk meningkatkan jumlah pendapatan boleh guna peringkat rakyat kebanyakan. Pemberian instant cash tidak akan mampu mencetuskan perubahan yang besar dalam kehidupan seseorang. Wang sebanyak itu boleh dihabiskan dalam masa beberapa jam sahaja. Yang mendapat laba hanyalah golongan peniaga dan towkey2 besar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment