Pages

Saturday, June 18, 2011

Akhlak Dalam Muamalat

Kecantikan akhlak adalah antara keindahan yang terpancar dalam Islam. Ianya ibarat tatahan berlian kehidupan yang menjadi nilai tambah (value added) kepada seseorang. Pemilik akhlak yang baik, bukan setakat akan disenangi dalam 'habluminannas' (hubungan sesama manusia), bahkan juga dalam 'habluminallah (hubungan dengan ALLAH). Secara realitinya, apabila ramai orang begitu senang bersama kita, banyak perkara kebaikan akan terjalin. Kehadiran kita akan ditunggu-tunggu, manakala ketiadaan kita akan begitu dirasai...

Pendorong akhlak yang baik adalah perasaan takwa yang begitu mendalam kepada ALLAH SWT. Bukannya mengharapkan imbuhan tertentu yang bakal diperolehi. Jika ini sandaran akhlak, ianya akan bermusim sifatnya. Sebagai contoh, seorang pekerja akan mempamerkan akhlaknya yang baik hanya ketika menghampiri musim penilaian oleh majikan. Andaikata, hasil penilaian tidak menepati apa yang dia inginkan, maka akhlak yang baik itu akan 'ditanggalkan' dengan penuh rasa amarah dalam diri...

Akhlak yang baik perlu berada dimana-mana, samada 'ada' yang melihat ataupun tidak. Kerana asasnya, ALLAH SWT itu ada dimana-mana. Dia sentiasa melihat, memerhati dan menilai setiap gerak-geri hamba-Nya. Dan seterusnya, akan memberikan ganjaran samada 'on the spot' di dunia ini ataupun 'ditangguhkan' hingga hari pembalasan (yaumuddin) di Akhirat kelak.

Apa jua peranan kita, akhlak yang baik adalah menjadi 'pakaian wajib' yang perlu melitupi tubuh badan kita sepanjang masa. Dalam konteks muamalat, seorang peniaga, pengguna dan penggubal & penguatkuasa tidak dapat (laa budda) mesti melaksanakan tangunggjawab mereka dengan penuh berakhlak.

Antara akhlak muamalat yang nampak mudah tapi amat payah untuk dilakukan, iaitu tidak menipu atau menyatakan kebenaran walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Semestinya, ketiga-tiga unit muamalat (iaitu pengguna, peniaga dan penggubal & penguatkuasa) perlu melazimkan diri mereka untuk sentiasa berurusan tanpa menyembunyikan kebenaran.

Adalah tidak sepatutnya seorang pembeli meminta gantian barang yang dibeli akibat kerosakan yang berpunca daripada kecuaian dirinya. Dia tidak wajar menipu peniaga dengan mengatakan barang tersebut memang telah rosak sebelum dapat digunakan. Dialog ini seringkali kita dengar, "Betul tokey, sampai saja rumah bila nak bukak balik tepon ni dah tak hidup'. Padahal, iainya terhempas sebaik saja sampai di rumah. 

Adalah tidak sepatutnya seorang penjual menyembunyikan maklumat sebenar tentang produk atau perkhidmatan yang dijual. Banyak perniaga hari ini tidak akan sesekali menyatakan apa kelemahan atau kekurangan sesuatu produk atau perkhidmatan mereka. Perhatikan iklan-iklan yang terpapar di merata-rata, semuanya berlumba-lumba menonjolkan kebaiakan dan kelebihan masing-masing. Sehingga sesetengah pembeli yang tidak begitu berhati-hati menjadi tertipu. Apabila produk atau perkhidmatan sudah berpindah tangan, barulah baik buruknya yang sebenar diketahui.

Adalah tidak sepatutnya penggubal & penguatkusa undang-undang tidak menyatakan kebenaran yang sebenar apabila menggubal & menguatkuasa undang-undang (iatu kerajaan) terhadap pembeli & peniaga. Tidak sepatutnya kerajaan meluluskan peruntukan undang-undang tertentu untuk membenarkan kenaikan harga barang atau perkhidmatan tertentu dengan menjadikan alasan kenaikan harga pasaran semasa. Sedangkan realitinya hanya untuk memberikan keuntungan yang berlipat ganda kepada kelompok peniaga tertentu. 

Sekiranya, kita semua dapat bermuamalat dengan akhlak yang baik. InsyaALLAH kehidupan umat akan lebih aman damai dan sejahtera.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host