Pages

Friday, May 27, 2011

Tiga Keadaan Diharuskan Meraih Simpati

Mafhum daripada satu Hadith riwayat Muslim daripada Qubishah, hanya terdapat tiga keadaan yang diharuskan seseorang meraih simpati orang di sekelilingnya iaitu:

  1. Mempunyai banyak tanggungan sedangkan pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi, terutamanya untuk memenuhi keperluan yang asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Dalam keadaan ini, diharuskan meraih simpati orang di sekeliling. tetapi hanya sekadar memenuhi kewajiban mereka di bawah tanggungan.
  2. Mengalami musibah akibat ditimpa bencana sehingga meranapkan semua harta benda yang sedia ada. Dalam keadaan ini, diharuskan meraih simpati sehingga mendapat sumber pendapatan yang boleh menampung kehidupan diri & mereka di bawah tanggungannya.
  3. Ditimpa kemelaratan hidup dan ada sekurang-kurangnya tiga saksi yang dapat mengesahkan kemelaratan hidupnya. Dalam keadaan ini, boleh meraih simpati sehingga mendapat sumber pendapatan yang sewajarnya.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host