Pages

Sunday, March 27, 2011

Pasaran Kewangan

Pasaran kewangan adalah amat mustahak dalam percaturan ekonomi pada zaman moden. Ia merupakan tempat atau sistem yang mempertemukan pembeli dan penjual untuk bertukar produk kewangan. 

Pembeli dan penjual dalam pasaran kewangan terdiri daripada isirumah, firma perniagaan dan kerajaan dengan tujuan utama untuk:

  1. Pembelian asset kewangan yang bersifat jangka pendek dan jangka panjang.
  2. Pemindahan risiko kewangan dikalangan pemain pasaran kewangan iaitu isirumah, firma perniagaan dan kerajaan.
Asasnya, pasaran kewangan dapat dibahagikan kepada:

  • Pasaran modal – Ia dapat dibahagikan kepada pasaran saham (stok) dan pasaran bon. Pasaran saham berperanan sebagai pemudah pembelian dan penjualan saham yang tersenarai di bursa saham. Manakala, pasaran bon menjadi pemudah dalam urusan pembelian dan penjualan bon dan juga debentur.
  • Pasaran wang – Ia menyediakan platform jangka pendek dan panjang pembiayaian dan pelaburan.
  • Pasaran derivatif – Ia menyediakan instrument untuk mengurus risiko kewangan.
  • Pasaran hadapan – Ia menyediakan kontrak niaga hadapan asset tertentu.
  • Pasaran insuran – Ia menyediakan instrumen untuk mengurus pelbagai jenis risiko seperti kebakaran, kemalangan diri dan kecelakaan yang boleh diinsurankan.
  • Pasaran tukaran asing – Ia menyediakan platform tukaran pelbagai matawang asing

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host