Pages

Sunday, March 20, 2011

Equity Swap

Diskusi kali ini akan berkisar tentang satu lagi produk dalam pasaran derivatif konvesional iaitu 'equity swap'. Ia merujuk kepada satu kontrak antara dua pihak bagi pertukaran aliran tunai pada satu jangka masa tertentu yang telah ditetapkan.

Ia memberikan ruang kepada pemilik saham untuk menjana keuntungan ekonomi tanpa melepaskan pegangan saham tersebut. Produk ini juga memberikan ruang kepada pelabur asing untuk mendapat manafaat keuntungan daripada saham tempatan dalam kondisi perundangan yang tidak membenarkan keterlibatan pihak pelabur asing secara langsung dalam saham tersebut. Dengan melanggani produk 'equity swap', pihak pelabur asing dapat melibatkan diri secara tidak langsung dalam saham tempatan terbabit.

Secara asasnya, produk equity swap bersandarkan kepada dua 'leg' iaitu :
i) 'floating leg' - bersandarkan LIBOR + 0.03%
ii) 'equity leg' - bersandarkan pencapaian saham yang digunakan untuk produk equity swap.

Transaksi 'equity swap' biasa dilaksanakan diantara firma-firma perniagaan besar termasuklah institusi kewangan dan perbankan.

Contoh transaksi produk 'equity swap'adalah seperti berikut:

Katakan Bank Arab melakukan RM5 juta swap pada LIBOR + 0.03% dengan Syarikat My Ntework Berhad untuk RM5 juta saham IJM untuk tenor 180 hari. Dalam transaksi ini, pihak Bank Arab akan membayar kepada LIBOR + 0.03% kepada Syarikat terbabit. Manakala, syarikat My Network Berhad akan membayar keuntungan kepada Bank Arab sekiranya harga saham IJM melonjak ke paras yang melebihi harga asas ketika 'swap' dilaksanakan. Sebaliknya, jika harga saham IJM merundum ke paras lebih rendah daripada harga asas tersebut, maka pihak Bank Arab perlu membayar harga perbezaannya kepada My Ntework Berhad.

Katakan LIBOR = 5.93%, ini bermakna Syarikat My Network Berhad akan memperolehi :

(5.93% + 0.03 * RM 5,000,000) * 180/360 days

Katakan harga saham IJM melonjak sebanyak 10%, maka Bank Arab Berhad akan memperolehi:

10% * RM 5,000,000.

Sebaliknya, jika harga saham IJM merundum sebanyak 10%, maka pihak Bank Arab akan membayar My Network Berhad:

10% * RM 5,000,000.

Dengan transaksi 'swap' ini, pihak Bank Arab dapat menjana manafaat daripada saham IJM tanpa menjual saham tersebut.

InsyaAllah, pada kesempatan lain kita akan panjangkan perbincangan 'equity swap'dari perspektif Islam.

No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host