Pasaran seharusnya bebas sifatnya tanpa perlu wujud campur tangan
penguasa/kerajaan. Namun, apabila mengambil kira fitrah ketamakan,
kerakusan dan penyebab kepada kerosakan yang ada dalam diri manusia.
Maka, kebebasan pasaran perlu ada batas dan sempadannya melalui regulasi
dan kawalan tertentu oleh penguasa/kerajaan. Agar, ia tidak menjadi
medan kezaliman dengan mengambil hak orang lain secara tidak sah melalui
jalan manipulasi, sabotaj, penipuan, penyeludupan, monopoli, rasuah
dsbnya.
Cuma yang menjadi persoalan besar kepada kebebasan pasaran,
apabila penguasa/kerajaan dijadikan umpama belantara hak milik khusus
oleh segelintir "sang serigala" yang hanya mahu menguasai sebanyak
mungkin khazanah yang ada dalam pasaran dengan jalan pintas, mudah dan
kos yang minimum.
Akhirnya, fitrah ketamakan, kerakusan dan penyebab
kepada kerosakan yang ada dalam diri manusia tanpa "kita sedari" terus
kekal menjadi sebahagian daripada gerak laku pasaran bebas.
No comments:
Post a Comment