Dengan mengukuhkan kuasa beli (purchasing power) ummah, kita akan
mampu mengekang tindakan dan budaya yang tidak sihat dalam pasaran
termasuklah aktiviti-aktiviti pengiklanan yang tidak menepati syariat
seperti mengekploitasi aurat dan kedudukan wanita secara keterlaluan.
Jika kena cara dan tindakannya, kuasa beli berupaya menjadi agen dakwah
yang berkesan dan mampu menundukkan kerakusan sistem kapitalis yang
hanya meletakkan keuntungan semata-mata sebagai matlamat akhir setiap transaksi yang berlaku dalam pasaran serta menolak faktor Ilahi dan manusiawi sebagai antara asas pertimbangan.
Sebab itu, teramat penting umat Islam/Melayu menguasai ekonomi bukannya
dikuasai di segenap rantaian. Ini dapat dilakukan melalui pengukuhan
sektor pengeluaran pelbagai peringkat sehinggalah ke peringkat
'distribution channel' dengan sentiasa meletakkan 'halalan toyyiban' di
kedudukannya pada segenap peringkat tanpa sebarang kompromi serta
keterlibatan secara langsung, bukan sekadar menjadi orang tengah/broker.
Penguasaan ini kemudiannya akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada umat Islam/Melayu dan seterusnya meningkatkan pendapatan boleh guna mereka yang kemudiannya diterjemahkan sebagai kuasa beli.
Penguasaan ini kemudiannya akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada umat Islam/Melayu dan seterusnya meningkatkan pendapatan boleh guna mereka yang kemudiannya diterjemahkan sebagai kuasa beli.
No comments:
Post a Comment