Perbezaan
strategi dan pendekatan bukanlah halangan untuk terus bersama dalam
gerak kerja dakwah dan kenegaraan. Saya melihat satu ibrah yang boleh
diteladani, yang berlaku sesudah perang badar kubra. Di mana Saidina Abu
Bakar ra dan Saidina Umar al-khattab ra masing-masing berbeza pandangan
dan strategi dalam menentukan kesudahan hukuman terhadap 70 orang
tawanan tentera musyirin dalam peperangan tersebut.
Saidina
Abu Bakar ra, berpandangan agar kepakaran mereka dalam ilmu peperangan
dan persenjataan dimanafaatkan, dengan setiap tawanan mestilah
mengajarkannya kepada 10 orang anak-anak muslimim di Madinah pada waktu
itu. Yang akhirnya, akan menghasilkan 700 orang pakar peperangan dan
persenjataan muslimin.
Manakala, Saidina Umar al-Khatab ra
mencadangkan agar mereka dipancung kepala, akibat daripada kejahatan
mereka yang memusuhi Islam.
Dengan panduan wahyu (Surah
al-Anfal:67), Rasulullah saw telah mengambil kira pendangan yang kedua
yang telah diusulkan oleh Saidina Umar ra.
Sungguhpun begitu, ia sedikitpun tidak menyebabkan berlakunya permusuhan dan salah faham antara mereka.
Ini kerana, niat dan hadaf mereka begitu jelas, bertindak semata-mata
kerana ALLAH SWT. Bukannya atas dasar kepentingan diri yang terselindung
di sebalik label mencari mardhatillah.
Justeru, ibrahnya dalam
Tragedi Lahad Datu ini, ke semua pihak perlulah meletakkan keutamaan
Islam dan keselamatan negara sebagai top priority dalam apa jua tindakan
yang bakal diambil.
Tolak ketepilah soal perbedaan bacaan dan
fahaman politik yang bersifat permusuhan sehingga melemahkan benteng
pertahanan Islam, umat dan negara.
Percayalah, musuh-musuh
Islam tidak akan pernah leka untuk mencari helah dan tipu daya untuk
menghancurkan Islam, walau dengan apa cara sekalipun. Apatah lagi,
apabila kita berada dalam keadaan lemah dan tidak berdaya.
Jawatan dah mantap, gaji dah bagus, kereta dah 5 series, rumah 4, 5 biji, pelaburan bertingkat-tingkat, kenalan pelbagai lapis...tp sayang, jika bab solat diringgankan. Sedangkan ia adalah tiang agama. Dan, agama itu adalah kehidupan. Ini bermakna, solat turut menjadi tiang kehidupan. Maka, apa akan jadi jika tiang kehidupan tidak dijaga dengan baik?
Buku Dalam Kupasan
The Art of Islamic Banking and Finance - Tools & Techniques for Community-Based Banking, Yahia Abdul Rahman.
Managing Liquidity in Banks - A top down approach, Rudolf Duttweiler.
Khidmat Daya Fikir
Pihak Daya Fikir amat-amat mengalu-alukan sumbangan artikel yang berkaitan ekonomi dan kewangan untuk disiarkan di dalam blog dan buletin Daya Fikir. Sumbangan artikel bolehlah disalurkan kepada abdhadi78@gmail.com.
Tetamu
TINTA ILMU
Ketajaman dan pisau tidak boleh dipisahkan untuk manafaatnya terus kekal. Dan, ketajaman sebilah pisau itu hanya akan kekal jika ia selalu digunakan dan diasah beriringan. Begitulah perumpamaan kekuatan ilmu, rohani dan fizikal serta potensi yang ada dalam diri kita.
No comments:
Post a Comment