Pages

Sunday, April 1, 2012

Isu 'Cash-Settled' Dalam 'Structured Warrants'

Isu 'structured warrants' masih tidak begitu jelas dari sudut pandangan shariah. Sebab itulah, sehingga kini ia masih diklasifikasikan sebagai 'non-shariah compliant', walaupun 'underlying shares' nya termasuk dalam 'shariah compliant'. 

Antara isu yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan 'cash settled', yang merupakan amalan yang biasa dilakukan dalam produk ini di Malaysia. Sesetengah berpandangan, sekiranya produk ini adalah 'physical settled' ia boleh dianggap sebagai 'shariah compliant' dan ianya mestilah dilaksanakan secara 'de;ta-1' atau 'back-to-back'. Maknanya, pihak bank yang menjual 'structured warrants' perlulah mempunyai 'underlying shares' di dalam simpanannya bersamaan dengan jumlah 'structured warrants' yang dijualnya. Begitu juga, pembeli mestilah diberikan ruang untuk menunaikan haknya bila-bila masa sahaja sehinggalah berakhirnya tempoh yang telah diperetujui. Ini bermakna, dalam amalan sekarang 'European style' adalah tidak bertetapan dengan shariah berbanding dengan 'American style'. 

'European style' memberikan hak kepada pembeli produk ini untuk menunaikan haknya hanya pada penghujung tempoh yang telah dipersetujui. Namun, 'American style' ia memberikan hak kepada pembeli untuk menunaikan haknya bila-bila masa sahaja sehinggalah berakhirnya tempoh yang telah dipersetujui.

Berbalik kepada isu 'cash settled' yang dibangkitkan diawal perbincangan. Justeru sebagai 'modification' kepada amalan 'cash settled' yang diamalkan sekarang agar selari dengan kehendak shariah, saya berpandangan aplikasi konsep wakalah boleh diterima pakai di sini. 

Dengan menggunakan wakalah bersyarat sebagaimana yang dibenarkan berdasarkan pandangan ulama' Hanafi dan Hambali, ia dilihat sebagai ruang untuk menyelesaikan isu ini. Ini bermakna, pihak pembeli mewakilkan kepada pihak bank Islam untuk membeli saham bagi pihaknya, sekiranya ia diarahkan untuk berbuat demikian pada harga yang telah dipersetujui sebelum ini dan menjualkannya semula pada harga semasa. Perbezaan antara harga jual dan beli dikembalikan kepada pembeli secara tunai, dan inilah yang dinamakan 'cash settled'.

Dalam pada itu, pihak Bank Islam berhak menerima 'wakalah fee' atas persetujuan bersama.

InsyaALLAH, pada masa yang akan datang penjelasan berhubung 'structured warrants' ini akan terus diperkemaskan dari semasa ke semasa agar lebih bertepatan dengan kehendak shariah dan komersial.

Abdul Hadi Jusoh
Daya Fikir
 



No comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Web Host