- Takbiran mimpi Nabi Yusuf AS sebelum di penjara – apabila Nabi Yaakub AS menasihatkan anakknya untuk tidak menceritakan kisah mimpinya kepada saudara - saudaranya yang lain, kerana melihat wujudnya potensi yang mereka akan membuat perancangan untuk membunuh Nabi Yusuf AS, yang disebabkan oleh perasaan hasad dengki yang tidak pernah padam.
- Takbiran mimpi Nabi Yusuf AS ketika di dalam penjara – apabila Nabi Yusuf AS menasihatkan Raja Mesir pada waktu agar menggunakan strategi berjimat – cermat ketika mewah, tatkala diminta mentakbirkan mimpi baginda.
- Kisah anak – anak Nabi Yaakub AS ke ingin memasuki Kota Mesir – apabila Nabi Yaakub AS menasihatkan anak – anaknya yang ingin menemui menteri kewangan Mesir (iaitu Nabi Yusuf AS) agar memasuki Mesir daripada pintu – pintu yang berlainan untuk mengurangkan risiko ditangkap oleh tentera – tenteranya.
- Kisah ketika malam hijratul rasul SAW ke Madinah bersama Saidina Abu Bakar as-Siddiq– apabila Rasulullah meminta Saidina Ali KRW menggantikan di tempat tidur baginda bagi mengelirukan kaum kafir Quraish yang berhasrat menghalang dan membunuh Rasulullah SAW ketika saat penghijrahan tersebut.
- Kisah unta Arab Badwi – apabila seorang Arab Badwi bertanya pada Rasulullah tentang akibat kebaikan sekiranya seekor unta dibiarkan tanpa berikat dan hanya memohon doa kepada ALLAH SWT agar unta tersebut tidak terlepas. Rasulullah bersabda, “Ikatlah unta kamu dan bertawakallah kepada ALLAH”.
- Ketika Perang Khandak – apabila Rasulullah mengambil kata sepakat untuk bertahan di dalam Kota Madinah dengan mengali parit – parit di sekelilingnya. Ia bertujuan untuk mengurangkan kesan kemusnahan dan kerosakan langsung kepada penduduk Madinah.
Thursday, December 29, 2011
Iktibar Pengurusan Risiko Dalam Islam
Dalam al-Qur'an dan hadtih Rasulullah SAW ada disebut secara tidak langsung tentang aspek pengurusan risiko dalam kehidupan, antaranya:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment